Friday 5 September 2014

Kujejaki Bumi Universiti Sains Islam Malaysia

Bismillahirrohmaanirrohiim...
assalamualaikum wbt dan apa khabar semua?
harap sihatlah hendaknya..


31 SEPTEMBER 2014
Seawal 8 pagi aku dan keluargaku bergerak meninggalkan utara malaysia dan menuju ke Nilai.Dalam keadaan yang agak sederhana, kami membuat persediaan. Maklumlah, kami bukanlah kerabat mereka yang berada, namun aku tak kisah pun. Bukan itu yang boleh dibanggakan. Yang penting, ilmu perlu dicari.Kini,aku meneruskan wasiat terakhir almarhumah tok yang sangat ingin melihat cucu2nya masuk ke alam u dan berjaya memegang scroll ijazah. Walaupun tok tidak berkesempatan melihat aku melangkah ke alam menara gading, inshaa-Allah,aku masih ada mereka2 yang menyayangiku disisi. Syukur alhamdulillah thummalhamdulilah.

Setibanya di Nilai, aku bagai tidak percaya. Adakah aku menghantar sedaraku di sini? tapi, rupanya aku yang dihantar ke sini.. Aku? Sekali lagi aku berjauhan dengan mak and family.. Sayu dan berat hati nak tinggalkan mereka.Hanya Allah Yang Maha Mengetahui segalanya.Namun,aku cuba ikhlaskan hati, sebab aku tau Allah dan janjikan sesuatu yang berharga untuk aku sepanjang keberadaanku disini.Inshaa-Allah.



1 SEPTEMBER 2014
Allah,,kuatkan aku!!Aku akan berjauhan dengan familyku.. Aku akan tinggal dengan mereka yang tidak pernah aku kenal sebelum ini. Aku hanya ada Allah disisi..NIatku diperbaharui saat kulihat signboard USIM.Ini cita-cita aku sebelum ini. Jadi,aku kena teruskan. Mengapa harus berpatahbalik? Sedangkan 4 tahun bukanlah satu jangka masa yang lama bagiku. Pejam celik pejam celik,kejap ja. Inshaa-Allah,moga dipanjangkan umur,Allahumma Aamiin..
Asing sungguh tempat ini.Dengan minggu orientasi yang tidaklah terlalu teruk,namun sangat meletihkan. Sudahlah letih berexplorasi keliling usim, ditambah pulak dengan kes keracunan makanan. Entah apalah yang kami makan. Ramai dok ulang-alik ke tandas, termasuklah aku. Ujian-ujian~

Hari-hariku terisi dengan aktiviti2 dari senior sepanjang minggu orientasi. Alhamdulillah, layanan the best dan agak memuaskan.. 
OK, aku akan sambung lagi ceritaku di usim nanti..
inshaa-Allah, ada masa,aku update lagi..
daaa semua
assalamualaikum wbt..

opps,sebelum terlupa,jangan lupa berselawat kpd nabi kita,Muhammad SAW :)


No comments:

Post a Comment