Thursday 11 September 2014

Tak Kenal Maka Tak Cinta

Bismillahirrohmaanirrohiim..
assalamualaikum wbt.....
Ahlan wasahlan sahabat-sahabat yang dikasihi Allah SWT..
Pernah dengar tak ungkapan TAK KENAL MAKA TAK CINTA ni?
mestilah ramai yang selalu dengarkan..
terutamanya buat mereka yang baru nak berkenal-kenalan, tak kisahlah samada dengan seseorang ataupun dengan tempat yang baru baginya.

Saya  maksudkan disini, mungkin sesuai dengan kehidupan saya di tempat yang sememangnya tidak pernah diimpikan akan berada disini. Yakni bumi Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
Sebenarnya,dimana pun sama saja, cuma yang membezakannya ialah bi'ah ataupun persekitaran kita.
Alhamdulillah,beruntungnya saya kerana dapat sambung belajar ke sini kerana mempunyai bi'ah Islamiyah yang bagi saya sangat baik. Bi'ah itu takkan terwujud tanpa ada ukhuwah dan sahsiah yang baik dari dalam diri kita sendiri. So, janganlah kita terlalu memilih untuk bergaul dengan masyarakat sekeliling. Kalau boleh, kawanlah dengan semua,sentiasa bermanis muka, menghiasi wajah kita dengan senyuman, barulah kita mudah didampingi orang lain.

Jadi, apabila kita dah kenal ramai orang, dah kenal dengan tempat kita, maka akan terbitlah rasa sayang dan cinta kepada mereka. Dan rasa itu ialah anugerah untuk kita. Inshaa-Allah,semua akan merasai perasaan yang indah itu. Sayang itu tak akan terbit dengan mudah, mungkin pada awalnya kita tak suka dengan ketentuan kita disini, tapi mungkin suatu hari nanti barulah kita tahu hikmah kita diletakkan disini. Inshaa-Allah...

Jangan kita lupakan Dia walau sesaat, kerana Dia juga tidak pernah abaikan kita walau sekilas pandang..
wallahua'lam bissowab :)

No comments:

Post a Comment