Friday 29 August 2014

Keinginan Khalid al-Walid untuk berjihad dan permintaannya berjuang pada jalan Allah

Bismillahirrohmaanirrohiim..
assalamualaikum wbt :)
amacam harini?sihat ka? syukur,alhamdulillah..
kalau sakit,bagitau ye,nak bagi ubat..sebenarnya bila kita sakit ni,kita perlukan ubat,ya dak?
tu kalau sakit fizikal, macamana pulak kalau sakit hati? sakit naluri kita? itupun kita perlu cari ubatnya. nak tau apa ubatnya?
oke, saya nak bagi 5 penawar untuk sakit hati,inshaa-Allah,sama2 kita buat k :~

1) baca al-quran dan fahami maknanya.
2)dirikan solat malam (qiyamullail).
3)selalu berdamping dengan orang yang soleh dan berilmu.
4)selalu berpuasa.
5)panjangkan doa terutamanya pada waktu malam.

oke,dapat tak 5 ubat penyakit hati? 
sama2 lah kita kongsi ye..

oke,perbincangan kita untuk kali ni ialah tentang keinginan Khalid al-Walid untuk berjihad dan permintaannya berjuang pada jalan Allah

Sebelum kita masuk tajuk kita, apa kata kita berkenal-kenalan dulu siapa sebenarnya Khalid bin Al-Walid ini? kata orang,tak kenal maka tak cinta? ye dak? hehehe..

Khalid bin al-Walid dilahirkan pada (1 Julai 592) dan telah meninggal dunia pada 
1 Oktober 642
Nama sebenarnya Khalid bin al-Walid bin al-Mughirah
Beliau juga dikenali sebagai Saifullah al-Maslul  bermaksud Pedang Allah yang terhunus atau Pedang Allah),beliau adalah antara panglima tentera Arab yang memainkan peranan penting dalam peperangan antara tentera Islam dengan tentera Byzantine dan tentera Parsi pada kurun ketujuh.Beliau terkenal dengan kebijaksanaan dalam peperangan dan mengepalai tentera Islam ketika zaman Nabi Muhammad SAW dan juga zaman khalifah-khalifah Abu Bakar al-Siddiq dan Umar Al-Khattab. Pencapaian terulung ialah dimana beliau berjaya mengalahkan pasukan Rom dan Parsi dalam masa tiga tahun sahaja.
Khalid bin al-Walid berbangsa Arab keturunan Quraisy yang pernah suatu ketika menentang Nabi Muhammad . Beliau merupakan seorang askar yang aktif ketika Perang Uhud menentang tentera Islam. Ketika tempoh damai berikutan pemeteraian Perjanjian Hudaibiyah, Khalid memeluk Islam dan memohon maaf kepada Nabi Muhammad atas tindakan beliau sebelum ini. Ketika zaman nabi Muhammad, beliau menyertai tentera Islam dalam Perang Mu'tah dan juga perang-perang lain. Selepas kewafatan Nabi, beliau dilantik penglima perang dan mengetuai ekspedisi menentang tentera Sasan Parsi dan juga tentera Empayar Byzantine (digelar "Rum" oleh orang Arab pada masa itu.

Dari Asim bin Bahdalah,dari kitab Abi Wail berkata, "tatkala kematian mendekati Khalid bin Al-Walid,beliau berkata, 'aku telah harapkan kematian menjemputkudi medan perang,tetapi kenyataannya aku akan mati di atas tempat tidurku. Tidak ada usaha yang aku harapkan selain TIADA TUHAN SELAIN ALLAH dari mlm2 yang aku lalui dari ingin memeliharanya,dan langit terus menurunkan hujannya hingga pagi sampai kita melawan orang-orang kafir." Kemudian dia berkata, " jika aku mati,perlihatkanlah pedang dan tempat tidurku serta menjadikannya perhitungan di jalan Allah".Maka tatkala Khalid wafat, Sayyidina Umar r.a mendatangi jenazahnya sambil berkata,: isteri dan keluarga Khalid akan menitiskan air mata tanpa sura dan memukul-mukul dada mereka"
Disebutkan dalam (al-isabah)(1/415), (al-Haitsami) (9/350) berkata : sanad hadisnya sohih

sama-sama kita contohi Khalid Ibnu al-Walid yang sentiasa ingin berjihad meski di akhir nyawanya...
SUBHANALLAH!!!!!! 
wallaahua'lam bissowab

















No comments:

Post a Comment