Sunday, 2 July 2017

CUBIT PAHA KANAN, PAHA KIRI TURUT TERASA SAKIT

Assalamualaikum wbt & selamat pagi.. Moga pagi yang indah ini menambahkan lagi semangat buat diri kita untuk mulakan aktiviti dan tugasan yg diamanahkan.

Ya Allah, rasa rindu untuk buat coretan di sini lagi. Sekian lama blog ini terbiar sepi. Maaf sebelumnya atas kesibukan yang tak dapat diri ini elakkan. Atas tanggungjawab sebagai seorang ‘mahasiswi’ tidak dapat tidak untuk bersenang lenang tanpa lakukan apa-apa tugasan..

Moga setiap titis keringat dan pengorbanan itu membuahkan hasil serta kebaikan buat kita semua.
Aamiin ya Robbal ‘aalamiin.

Inshaa-Allah kali ni nak kongsi kepada semua tentang “CUBIT PAHA KANAN, PAHA KIRI TURUT TERASA SAKIT

Pepatah ni tak asing lagi di pendengaran kita. Sejak di bangku sekolah kita sudah belajar maksud pepatah ini kan?..

Kalau dulu, kita selalu marah kalau orang ejek kita, buat salah cuma dengan kita.. 

Tapi berbeza situasinya dengan sekarang. Bila dah dewasa ni, kita selalu nak pertahankan diri kita dan juga insan-insan yang kita sayang, tidak kiralah ahli keluarga ke kawan ke malah orang yg pernah rapat dengan kita. Mungkin tak semua, tapi aku sangat sensitif soal ini. Sering emo bila ada yang menyakitkan hati insan-insan ini. Tak kisahlah org kata, “ni takde kaitan dgn ko, asal nk emo lebih-lebih”,, asal ko tau, “hati aku sakit bila tengok org yang aku syg disakiti, mata aku pedih bil tgk org yg aku syg menangis, hati aku meronta kesakitan seakan aku yg disakiti”... tapi itulah hakikatnya.

Ya betul, tak semua org senang dengan diri kita. Malah, kadang kita takda buat salah pun, still ada yg tak puas hati. Manusia kan. Penuh dgn kelemahan serta mcm-mcm godaan dok ada. Yg kita mampu, bersabar & berdoa kepada Ilahi.

Air mata ni tak dpat dibendung lagi bila tgk org yg aku syg disakiti. Laju je menitis ke pipi. Aduhai hati..mohon lagi cekal lepas ni.
Begitu la contoh yg dpt dikemukan untuk huraikan tentang pepatah  CUBIT PAHA KANAN, PAHA KIRI TURUT TERASA SAKIT.




Mungkin, kalau sesiapa ada tips untuk cekalkan hati, boleh kemukakan di ruang komen di bawah.. Terima kasih. xiexie J 







No comments:

Post a Comment