Harini rasa nak kongsi sedikit pengalaman best sepanjang belajar dekat Nilai, Negeri 9. Alhamdulillah, sem akan datang dah masuk semester 7 yakni sem terakhir belajar, dan sem 8 bermulalah praktikal di tempat pilihan masing-masing. Sedih la pulak, last dah belajar sekali kawan-kawan. Mungkin, lepas ni masing-masing bawa haluan sendiri dan susah nak jumpa. Maklumlah, masing-masing asal dari lain-lain negeri, Sabah dan Sarawak pun hado..Biasalah kan.
Thoyyib, seperti yang semua sedia maklum, Nilai tidaklah seperti tempat lain yang ada macam-macam tempat best untuk dikunjungi. Cumanya, di noghori ni terkenal dengan adat dan makanan yang unik, bahkan tidak ada di negeri lain."Adat Perpatih" masih lagi diamalkan di Negeri 9 terutamanya masyarakat Melayu yang berketurunan Minangkabau.
Baru-baru ni, saya dan kawan-kawan mengunjungi satu kedai makan di daerah Labu. Kami tertarik untuk mencuba "Cendol Sagu Rumbia".. Kebiasaannya makan cendol tepung hijau yang biasa seperti di tempat lain. Rupanya, benarlah kata pepatah. "Jauh perjalanan, luas pengalaman". Kami seakan teruja apabila tiba di kedai tersebut. Rasa cendol sagu rumbia ni lain daripada yang lain. Isinya lebih kenyal dan tebal berbanding cendol biasa.
Masa kami pergi ke kedai makan ni, pelanggan memenuhi kedai, sehinggakan kami terpaksa menunggu di luar sehingga ada pelanggan yang selesai makan, barulah kami mendapatkan tempat untuk menikmati hidangan unik ini. Demi cendol, kami sanggup berdiri di luar dulu..hehehe ^^,
Rugilah kalau berada di tempat orang, tapi tak cuba sendiri makanan mereka.. Betul kan?
Rasanya tu je dapat dikongsi.. Moga ada juga input dari coretanku. Maaf jika ada kekurangan ^__^
No comments:
Post a Comment