Alhamdulillah, dapat kita menghirup udara nan segar. Segala puji keatas Allah SWT.
Alam tak pernah sunyi.
Membentangkan keindahan buat kita. Tak pernah berkira. Untuk berkongsi
kecantikannya. Kita sering terbuai. Kadang terlena. Hingga terleka dek asyiknya
dunia. Sampaikan terlupa pada yang kekal selamanya. Allah,, tiupkan kami
kesedaran. Agar kami bangkit dari tidur ini. Agar kami terjaga dari buai mimpi
ini. Kami terlalu lemah untuk mengingati. Bahawa pinjaman ini kan diambil
kembali.
Tamak.
Ya manusia
memang tamak. Tamakkan kenikmatan. Kecantikan, kepandaian, kekayaan, pangkat,
darjat. Semua itu tak kemana. Hanya sementara. Malah sekadar ujian pada sang
pelupa. Mahu bersyukur atau sebaliknya.
Allahu Robbi :’(
Astaghfirullahal’azhim.
Ampunkan aku Robb.
Aku tiada daya. Jangan tinggalkan aku. Ketuklah jiwaku andai
kutersasar. Andai aku terlupa. Aku manusia lemah.
Kerana aku pendosa tanpa noktah.
No comments:
Post a Comment