Thursday 14 July 2016

Ujian buat kita

Alhamdulillah..Terima kasih Allah atas kesempatan ini.

Rajin pulak jari nak menaip. Terlalu rindu untuk berblogging. bila mood rajin datang, usah ditahan. takut kang terlupa. kita kian sibuk. semua benda perlu dilakukan. semua kena diingat. malah, kadang seakan mahu pulang ke zaman baby. seronoknya waktu itu. jauh dari keserabutan. dan mungkin jauh dari perkara yang melalaikan. hanya dalam dunia sendiri. Tapi, hanya mampu bermimpi. yang memang takkan dikabuli. Hakikat kehidupan yang sebenar, jauh panggang dari api. saja jaaaa. don't take it serious.

tak best ke alam dewasa ni? beljar, berkawan, khwin, ada anak, kerja. best kan. Mungkin mslah yng membuatkan kita lemah.Kadang keadaan diri kita. Yang selalu lembik bila diuji. Then, mulalah berprasangka. na'uzubillahiminzalik. moga kita jadi insan yang sado hati dan sado iman. takkan nak sado kan body je? heheehe..

Alah bisa tegal biasa. Sering kita dengar pepatah tu. Tapi kenapa kita tak hadam dalam diri? Hadapi dan hadapi. Walau sebesar mana ujian itu. Allah tidak turunkan sesuatu ujian buat hambaNya melainkan sesuai dengan keupayaannya. just save in our mind. ok dear :)

Aku juga sering rebah. Sering mengalah. Sampaikan kadang hati nak bernanah. Berbuih mulut orang bagi nasihat. Tak kira la nasihat untuk menghentam ataupun membangun. Jauh disudut hati, aku bersyukur. Allah  kirimkan mereka buatku. Saat diri lemah, aku masih punya Allah, Rasulullah, keluarga, sahabat dan semua yang memahami diri. Termalu aku dengan diri sendiri. Kenapa? Aku lihat ramai lagi insan yang masih punya banyak masalah, namun masih tidak mudah menyerah. sedangkan aku sudah mahu berputus asa. Come on!!! Bangun! Umat Islam tidak lemah. Umat Islam itu kuat! inshaa-Allah. letak tangan didada. pejamkan mata. niat, AKU KUAT KERANAMU YA ALLAH. AKU KUAT KERANA NABIMU. AKUKUAT KERANA AGAMAMU. Allahuakbar!!!

moga kita tak mudah melatah dengan ujian yang menerpa. hadapinya dengan sebaik mungkin. :-)

No comments:

Post a Comment