Friday 22 July 2016

Tiada setanding hujan

Bismillah..

Syukur Alhamdulillah atas segala nikmat yang kita perolehi..

Saat jari sedang menari-nari di keyboard laptop, sayup-sayup hujan membasahi bumi.
Allahumma soyyiban nafi'a.

Saat ini juga jari ligat untuk berpuisi..saja suka-suka menghiburkan hati. cuma pada aku, setiap puisi punyai cerita yang 'hidup'.

Hujan..
titik-titik air yang berjatuhan dari udara..
lalu menghempas keatas latar bumi yang rata..
Sering..
Hadirnya tidak pernah mengecewakan..
Malah membuahkan sekuntum senyuman..
Mengubah jiwa yang lesu menjadi segar. Bunga yang layu menjadi mekar.
Subhanallah. 
Hadiah ini tanda rahmat-Mu kepada seisi penghuni alam..
Dingin. Dan mendamaikan..
Kadang..
Ia membisikkan kenangan..
Pada hati yang sering teruji..
Pada jiwa yang selalu berduka..
Bertabahlah..
Fikrah dunia dipenuhi pancaroba..
Saat ini..
Biarkan hujan merawat luka..
Mengubati hati..
Juga membebaskanmu dari luka emosi..
Dengan izin-Nya.

Thursday 14 July 2016

Ujian buat kita

Alhamdulillah..Terima kasih Allah atas kesempatan ini.

Rajin pulak jari nak menaip. Terlalu rindu untuk berblogging. bila mood rajin datang, usah ditahan. takut kang terlupa. kita kian sibuk. semua benda perlu dilakukan. semua kena diingat. malah, kadang seakan mahu pulang ke zaman baby. seronoknya waktu itu. jauh dari keserabutan. dan mungkin jauh dari perkara yang melalaikan. hanya dalam dunia sendiri. Tapi, hanya mampu bermimpi. yang memang takkan dikabuli. Hakikat kehidupan yang sebenar, jauh panggang dari api. saja jaaaa. don't take it serious.

tak best ke alam dewasa ni? beljar, berkawan, khwin, ada anak, kerja. best kan. Mungkin mslah yng membuatkan kita lemah.Kadang keadaan diri kita. Yang selalu lembik bila diuji. Then, mulalah berprasangka. na'uzubillahiminzalik. moga kita jadi insan yang sado hati dan sado iman. takkan nak sado kan body je? heheehe..

Alah bisa tegal biasa. Sering kita dengar pepatah tu. Tapi kenapa kita tak hadam dalam diri? Hadapi dan hadapi. Walau sebesar mana ujian itu. Allah tidak turunkan sesuatu ujian buat hambaNya melainkan sesuai dengan keupayaannya. just save in our mind. ok dear :)

Aku juga sering rebah. Sering mengalah. Sampaikan kadang hati nak bernanah. Berbuih mulut orang bagi nasihat. Tak kira la nasihat untuk menghentam ataupun membangun. Jauh disudut hati, aku bersyukur. Allah  kirimkan mereka buatku. Saat diri lemah, aku masih punya Allah, Rasulullah, keluarga, sahabat dan semua yang memahami diri. Termalu aku dengan diri sendiri. Kenapa? Aku lihat ramai lagi insan yang masih punya banyak masalah, namun masih tidak mudah menyerah. sedangkan aku sudah mahu berputus asa. Come on!!! Bangun! Umat Islam tidak lemah. Umat Islam itu kuat! inshaa-Allah. letak tangan didada. pejamkan mata. niat, AKU KUAT KERANAMU YA ALLAH. AKU KUAT KERANA NABIMU. AKUKUAT KERANA AGAMAMU. Allahuakbar!!!

moga kita tak mudah melatah dengan ujian yang menerpa. hadapinya dengan sebaik mungkin. :-)

Pendosa Tanpa Noktah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah, dapat kita menghirup udara nan segar. Segala puji keatas Allah SWT.

Alam tak pernah sunyi. Membentangkan keindahan buat kita. Tak pernah berkira. Untuk berkongsi kecantikannya. Kita sering terbuai. Kadang terlena. Hingga terleka dek asyiknya dunia. Sampaikan terlupa pada yang kekal selamanya. Allah,, tiupkan kami kesedaran. Agar kami bangkit dari tidur ini. Agar kami terjaga dari buai mimpi ini. Kami terlalu lemah untuk mengingati. Bahawa pinjaman ini kan diambil kembali.

Tamak. 
Ya manusia memang tamak. Tamakkan kenikmatan. Kecantikan, kepandaian, kekayaan, pangkat, darjat. Semua itu tak kemana. Hanya sementara. Malah sekadar ujian pada sang pelupa. Mahu bersyukur atau sebaliknya. 
Allahu Robbi :’(

Astaghfirullahal’azhim. 
Ampunkan aku Robb. 
Aku tiada daya. Jangan tinggalkan aku. Ketuklah jiwaku andai kutersasar. Andai aku terlupa. Aku manusia lemah. 

Kerana aku pendosa tanpa noktah.

Friday 11 March 2016

Hujan hatiku

Assalamualaikum..

Diam bukan bermaksud lupa..Hanya kerana kekangan masa..

Dalam sedar dan tak sedar, usia menginjak ke satu lagi angka.. semester bertukar semester..
kawan-kawan ada yang sama, ada yang baru,,
Cuma situasi yang tak sama..
Kita dulu, tak semestinya kita yang sekarang.
apa yang kita punya, tak selamanya menjadi milik kita pada esok hari.
kita yang bernafas segar hari ini belum pasti untuk esoknya..
Begitulah, kitaran kehidupan manusia yang menjadi episod diari hidup kita.
Sama ada suka mahupun duka..Ada yang mampu, dan ada yang lemah mengharungi segalanya.
Aku...
sangat lemah..
mungkin dari bicara, aku tak menunjukkan riak kesedihan mahupun kekecewaan..
namun, jauh dari lubuk hati, tak tertanggung pelbagai rasa..
Allah Maha Mengetahui segalanya..

Ceria..
semua manusia sukakan keceriaan..
mana mungkin ada yang suka bermuram durjana..
kesedihan..kehilangan..
tak perlu diratapi..
kelak kita bakal menyusuli..
baik cepat mahupun lambat..

Perhubungan,,
menjaga sesama sendiri..
tak perlu yang sempurna seperfectnya...
tapi cukuplah saling melengkapi sesama kita..
moga hadir yang memahami dan menyayangi..
agama, keluarga, masyarakat, terutama diri ini..
dan memimpin bersama menuju syurga..

Rindu,,
Setiap yang hadir akan menjadi kenangan,
kenangan itu akan dirindui,
kenangan itu akan diingati,
tapi kenangan itu tak dapat kembali :'(
hargai sebelum pergi,
sebelum menyesal di kemudian hari.,
pesan buat diri****

Hati,
kau hanya satu,
tapi kau menyimpan beribu naluri,
kau tak suka disakiti,
namun kau tetap mampu mengikuti kehendak diri..

p/s~ pelihara hati dari mati

"Please, don't regret to know someone in your life, because one day u will realize and thank to people  who teach u the meaning of life" _syak_