Monday 22 December 2014

KELUARGA ATAU KAWAN.. ?

Bismillahirrohmaanirrohiim..
assalamualaikum wbt.,
alhamdulillah thummalhamdulillah,.kita masih dipinjamkan nyawa lagi saat ini..

Saya sangat hairan dan tertanya-tanya kenapa remaja sekarang lebih suka berkummpul dengan kawan-kawan berbanding keluarga sendiri? boleh kata tiap masa dengan kawan. tak caya?
Baik, cuba tengok diri kita? bila dekat kolej sudah tentulah masa kita dengan kawan. dah cuti pun masih jugak sibuk nak be reunion la, nak lepak la, dan macam-macam lagi aktiviti yang selalu nak dengan kawan, kenapa tak dengan keluarga? 

Bila ada masalah pun, yang dicari bukan mak ke, ayah ke, kakak ke, tapi kawan. sangat tak faham!
(maaflah teremo sikit)

bukanlah saya tak suka berhimpun dengan kawan-kawan, tapi bila lagi nak luangkan masa dengan family? tunggu hari raya jelaa.. tu pun kalau tak keluar pergi open-house rumah kawan.

macamana perasaan mak kita, ayah, adik-beradik? agak-agak mereka terasa ka buat tak endah je?
mustahillah tak terasa. duduk depan mak pun sibuk ber chatting,whatsapp,we chat n apa-apa la dengan kawan-kawan. kesian tau !
 tolonglah, lepas ni kita utamakan keluarga kita dahulu sebelum kawan kita.. boleh tak?

sekarang memang kita tak rasa apa, tetapi apabila 'mereka' tiada lagi depan kita, saat itu baru kita tercari-cari dan menyesali perbuatan kita yang selalu mengabaikan mereka.

takpun, kita juga akan jadi ibu bapa suatu saat nanti, apabila anak-anak lakukan perkara yang sebegini, seronokkah kita???

~tepuk dada,tanyalah iman kita~


*p/s  
1-) Belajarlah hargai keluarga kita.
2-) Sayangi mereka sebagaimana mereka menyayangimu
3-) Jaga perasaan mereka, jangan sampai mereka menangisi perbuatanmu.
4-) Doakan mereka selalu, baik masih hidup mahupun yang telah meninggal.

Sahabat, kyrah mohon maaf atas segala kesilapan baik yang disengajakan mahupun tidak.
Al-Fatihah untuk arwah ayah kyrah (IDRIS BIN ABDUL HAMID )

"I LOVE MY FAMILY"


No comments:

Post a Comment