Friday 19 December 2014

Alamak !! final exam sudah dekaT.

Bismillahirrohmaanirrohiim.. assalamualaikum wbt

alhamdulillah, sempat lagi mengupdate blog walaupun sekarang sudah masuk study week bagi semua pelajar degree di Malaysia.

"Aku tak nampak kau study pun"..
"takkan la tiap kali aku nak buka buku kena tunjuk pada kau"..

oke, siapa faham?

"Setiap kebaikan yang dikerjakan, tidak perlu dihebahkan"

Sebetulnya, bilamana kita betul-betul mengejar keredhaan dan keberkatan dari Allah SWT, kita pasti akan rasa takut pabila orang lain melihat kebaikan yang kita lakukan. kenapa?

kerana apabila ada orang memuji kebaikan yang kita buat, pasti akan timbul suatu perasaan dalam hati kita. apakah? RIAK.
mungkin kita terlepas pandang hal sebegini, apabila munculnya riak dalam diri kita, maka sia-sialah kebaikan tersebut. 

ada kena mengena kah dengan study?

mungkin la berkait sedikit. sebab rata-rata kita lihat kawan kita study ja siang malam pagi petang, tapi bila keluar result tak berapa 'comel'. wal'iyazubillahiminzalik. 
yaa,betul, itu semua rezeqi masing-masing. namun, ia bergantung juga kepada nawaitu & usaha kita. 
kalau study sebab nak tunjuk kepada orang bahawa kita rajin dan rajin, maka hasilnya kita boleh lihat nanti..berbeza dengan mereka yang lakukan sesuatu kerana Allah SWT.

tatkala orang lain sibuk belajar, ada orang terpaksa menjaga ibu yang sakit, or ahli keluarga yang alami kesusahan. namun,Allah anugerahkan kejayaan kepadanya walhal dia tak sempat study macam orang lain. Kenapa? kerana disitu terletak keredhaan Allah SWT. Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu. Kun fayakun. Jika dia kehendakkan,maka terjadilah ia. 

So, moral of the story, do something for the sake of Allah. 
Inshaa-Allah, berjaya di dunia dan akhirat

*ps/ semoga kita berjaya menjadi anak solehah yang sentiasa membahagiakan ibu bapa kita,tidak di dunia sahaja, malah di akhirat sana. 



doakan kejayaan kami semua

No comments:

Post a Comment