Monday 22 December 2014

KELUARGA ATAU KAWAN.. ?

Bismillahirrohmaanirrohiim..
assalamualaikum wbt.,
alhamdulillah thummalhamdulillah,.kita masih dipinjamkan nyawa lagi saat ini..

Saya sangat hairan dan tertanya-tanya kenapa remaja sekarang lebih suka berkummpul dengan kawan-kawan berbanding keluarga sendiri? boleh kata tiap masa dengan kawan. tak caya?
Baik, cuba tengok diri kita? bila dekat kolej sudah tentulah masa kita dengan kawan. dah cuti pun masih jugak sibuk nak be reunion la, nak lepak la, dan macam-macam lagi aktiviti yang selalu nak dengan kawan, kenapa tak dengan keluarga? 

Bila ada masalah pun, yang dicari bukan mak ke, ayah ke, kakak ke, tapi kawan. sangat tak faham!
(maaflah teremo sikit)

bukanlah saya tak suka berhimpun dengan kawan-kawan, tapi bila lagi nak luangkan masa dengan family? tunggu hari raya jelaa.. tu pun kalau tak keluar pergi open-house rumah kawan.

macamana perasaan mak kita, ayah, adik-beradik? agak-agak mereka terasa ka buat tak endah je?
mustahillah tak terasa. duduk depan mak pun sibuk ber chatting,whatsapp,we chat n apa-apa la dengan kawan-kawan. kesian tau !
 tolonglah, lepas ni kita utamakan keluarga kita dahulu sebelum kawan kita.. boleh tak?

sekarang memang kita tak rasa apa, tetapi apabila 'mereka' tiada lagi depan kita, saat itu baru kita tercari-cari dan menyesali perbuatan kita yang selalu mengabaikan mereka.

takpun, kita juga akan jadi ibu bapa suatu saat nanti, apabila anak-anak lakukan perkara yang sebegini, seronokkah kita???

~tepuk dada,tanyalah iman kita~


*p/s  
1-) Belajarlah hargai keluarga kita.
2-) Sayangi mereka sebagaimana mereka menyayangimu
3-) Jaga perasaan mereka, jangan sampai mereka menangisi perbuatanmu.
4-) Doakan mereka selalu, baik masih hidup mahupun yang telah meninggal.

Sahabat, kyrah mohon maaf atas segala kesilapan baik yang disengajakan mahupun tidak.
Al-Fatihah untuk arwah ayah kyrah (IDRIS BIN ABDUL HAMID )

"I LOVE MY FAMILY"


Friday 19 December 2014

Debaran Kian Terasa

Bismillahirrohmaanirrohim..

assalamualaikum wbt ^_^

Alhamdulillah, masih berkesempatan untuk berkongsi dengan korang di sini.
mesti ramai tengah bercuti sekarang kan? takpun sedang goyang kaki di rumah.. wahh, bestnyaa!!
itu antara nikmat yang tak semua orang rasai sekarang tau.So, wajib untuk kita bersyukur kepada Allah SWT kerana memilih kita untuk terima nikmat itu.

Sebenarnya, bukanlah nak ajar erti syukur di sini, tapi hanya ingatkan diri kita yang sering lupa untuk bersyukur walhal kita semua dah sedia tahu tentang itu., malah,lebih lagi kan?.(thumbs up untuk kita)
Apa la yang berdebar ni Kyrah? Hurm,, nak final exam kot...sapa tak berdebar weh ??? It means dah hampir satu sem aku belajar di sini. Masa yang cepat ka aku yang tak sedar ? (no komen..hahaha)

Bila cakap nak final exam ni, ramai akan tanya tentang persediaan kan.. sudah khatam buku habis dah ka? alatan-alatan nak exam dah ada ka? lemahnyaaa aku kalau bab exam. maklumlah jenis suka 'study last minute' memang aku la tuh. Doakan aku berjaya seperti sahabat yang lain.
Syukur sangat bila dapat belajar sini, dapat pulak kawan-kawan yang 'krekkk' mcm aku, so takda la bosan dan takda la aku kesepian di sini. minggu depan study week, so memang kenalah balik..[wahhh,tak sabarnyaaaa]Ramai kawan aku tak balik.. maybe sebab nak study kat sini ja, tak perlu usung buku ke sana ke mari, kalau balik rumah pun,nanti susah nak fokus la apa laa[blablablablaaaaaa].. aku pun taktau, tapi aku oke ja, mungkin sebab umah aku takda budak kecik kot. so, tak serabut kepala [maybe laaa]

tapi, bagi aku bila aku dok sini macam stress ja, bila blik umah, tengok muka mak, dapat pulak main dengan anak-anak aku [kucing aku daaa].. memang boleh hilang stress aku., moga dipermudahkan segalanya.

Disebabkan minggu ni last belajar untuk sem 1, so agak layu dan sedih harini. Maklumlah, nak berpisah dengan lecturer,kawan-kawan,tapi apapun semua sudah beri yang terbaik sepanjang sem ni..
TAHNIAH uollsss..minta halalkan ilmu yang diberi yaa~

oke, setakat ni je laa..mata pun sudah inginkan rehat,


Puteri-Puteri BBA2




Goodluck semua

Alamak !! final exam sudah dekaT.

Bismillahirrohmaanirrohiim.. assalamualaikum wbt

alhamdulillah, sempat lagi mengupdate blog walaupun sekarang sudah masuk study week bagi semua pelajar degree di Malaysia.

"Aku tak nampak kau study pun"..
"takkan la tiap kali aku nak buka buku kena tunjuk pada kau"..

oke, siapa faham?

"Setiap kebaikan yang dikerjakan, tidak perlu dihebahkan"

Sebetulnya, bilamana kita betul-betul mengejar keredhaan dan keberkatan dari Allah SWT, kita pasti akan rasa takut pabila orang lain melihat kebaikan yang kita lakukan. kenapa?

kerana apabila ada orang memuji kebaikan yang kita buat, pasti akan timbul suatu perasaan dalam hati kita. apakah? RIAK.
mungkin kita terlepas pandang hal sebegini, apabila munculnya riak dalam diri kita, maka sia-sialah kebaikan tersebut. 

ada kena mengena kah dengan study?

mungkin la berkait sedikit. sebab rata-rata kita lihat kawan kita study ja siang malam pagi petang, tapi bila keluar result tak berapa 'comel'. wal'iyazubillahiminzalik. 
yaa,betul, itu semua rezeqi masing-masing. namun, ia bergantung juga kepada nawaitu & usaha kita. 
kalau study sebab nak tunjuk kepada orang bahawa kita rajin dan rajin, maka hasilnya kita boleh lihat nanti..berbeza dengan mereka yang lakukan sesuatu kerana Allah SWT.

tatkala orang lain sibuk belajar, ada orang terpaksa menjaga ibu yang sakit, or ahli keluarga yang alami kesusahan. namun,Allah anugerahkan kejayaan kepadanya walhal dia tak sempat study macam orang lain. Kenapa? kerana disitu terletak keredhaan Allah SWT. Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu. Kun fayakun. Jika dia kehendakkan,maka terjadilah ia. 

So, moral of the story, do something for the sake of Allah. 
Inshaa-Allah, berjaya di dunia dan akhirat

*ps/ semoga kita berjaya menjadi anak solehah yang sentiasa membahagiakan ibu bapa kita,tidak di dunia sahaja, malah di akhirat sana. 



doakan kejayaan kami semua