Sunday, 14 September 2014

HUJUNG MINGGU TIBA LAGI

assalamualaikum wbt..

Bismillahirrohmaanirrohiim.....

apa cer kalian semua hujung2 minggu nih?

pergi jalan-jalan ke mana? bestlah boleh pergi jalan dengan family or friends..
huhu.. saya? tak jalan mana pun, Harini qadha tidur kat kolej., kikiki
maklumlah kelmarin gi jalan dari pagi hingga ke malam,. letih sioottt !!!
first time keluar dengan kawan-kawan semenjak masuk usim nih. pi mana???

Taraaa...We alls pergi The Mines.. Wuuhuuuu!! dah macam unta masuk kampung dah tengok diri aku nih, maklumlah tak pernah pergi sebelum ni. Apa yang best eh dekat The Mines? ok, for me the mines ni sama ja macam mall yang lain, yg specialnya kami naik bot masa nak masuk dalam the mall, ada tasik kat bawah tuh.. 
ok, tengok lah gambar yang sempat aku snap kelmarin..




   Tambang naik bot ni just RM2 per only. Agak enjoy sebab sambil kita nikmati tasik buatan ni,kita boleh tengok orang bagi makanan kat ikan keli dan ikan-ikan yang ada dalam tasik tu. Dalam masa yang sama,kita boleh enjoy tengok swan-swan yang cantik bermain-main di tasik. Subhanallah, tenang ja..


Lagi apa lagi saya nak cer ye? Hah..for your information, saya and the geng, naik dari Batang Benar ke serdang,dan dari serdang ke Nilai. Yang paling tak tahannya, masa pergi tuh, saya n the geng berdiri kot, hampir sejam dalam train. huhu,sedih,tapi apakan daya, kami tiada rezqi, masa balik pulak, alhamdulillah dari serdang ke kajang aku masih berdiri, tapi dari kajang ke Nilai aku dapat duduk. Syukur,walaupun letih, tapi alhamdulillah selamat sampai ke hostel dengan prebet sapu senior usim. 

Urm,nanti saya sambung cer ye. 
Daaaa..
Jaga diri, jaga iman, jaga amal ye sahabat-sahabat..

ASSALAMUALAIKUM WBT...


























Thursday, 11 September 2014

Tak Kenal Maka Tak Cinta

Bismillahirrohmaanirrohiim..
assalamualaikum wbt.....
Ahlan wasahlan sahabat-sahabat yang dikasihi Allah SWT..
Pernah dengar tak ungkapan TAK KENAL MAKA TAK CINTA ni?
mestilah ramai yang selalu dengarkan..
terutamanya buat mereka yang baru nak berkenal-kenalan, tak kisahlah samada dengan seseorang ataupun dengan tempat yang baru baginya.

Saya  maksudkan disini, mungkin sesuai dengan kehidupan saya di tempat yang sememangnya tidak pernah diimpikan akan berada disini. Yakni bumi Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
Sebenarnya,dimana pun sama saja, cuma yang membezakannya ialah bi'ah ataupun persekitaran kita.
Alhamdulillah,beruntungnya saya kerana dapat sambung belajar ke sini kerana mempunyai bi'ah Islamiyah yang bagi saya sangat baik. Bi'ah itu takkan terwujud tanpa ada ukhuwah dan sahsiah yang baik dari dalam diri kita sendiri. So, janganlah kita terlalu memilih untuk bergaul dengan masyarakat sekeliling. Kalau boleh, kawanlah dengan semua,sentiasa bermanis muka, menghiasi wajah kita dengan senyuman, barulah kita mudah didampingi orang lain.

Jadi, apabila kita dah kenal ramai orang, dah kenal dengan tempat kita, maka akan terbitlah rasa sayang dan cinta kepada mereka. Dan rasa itu ialah anugerah untuk kita. Inshaa-Allah,semua akan merasai perasaan yang indah itu. Sayang itu tak akan terbit dengan mudah, mungkin pada awalnya kita tak suka dengan ketentuan kita disini, tapi mungkin suatu hari nanti barulah kita tahu hikmah kita diletakkan disini. Inshaa-Allah...

Jangan kita lupakan Dia walau sesaat, kerana Dia juga tidak pernah abaikan kita walau sekilas pandang..
wallahua'lam bissowab :)

Friday, 5 September 2014

Kujejaki Bumi Universiti Sains Islam Malaysia

Bismillahirrohmaanirrohiim...
assalamualaikum wbt dan apa khabar semua?
harap sihatlah hendaknya..


31 SEPTEMBER 2014
Seawal 8 pagi aku dan keluargaku bergerak meninggalkan utara malaysia dan menuju ke Nilai.Dalam keadaan yang agak sederhana, kami membuat persediaan. Maklumlah, kami bukanlah kerabat mereka yang berada, namun aku tak kisah pun. Bukan itu yang boleh dibanggakan. Yang penting, ilmu perlu dicari.Kini,aku meneruskan wasiat terakhir almarhumah tok yang sangat ingin melihat cucu2nya masuk ke alam u dan berjaya memegang scroll ijazah. Walaupun tok tidak berkesempatan melihat aku melangkah ke alam menara gading, inshaa-Allah,aku masih ada mereka2 yang menyayangiku disisi. Syukur alhamdulillah thummalhamdulilah.

Setibanya di Nilai, aku bagai tidak percaya. Adakah aku menghantar sedaraku di sini? tapi, rupanya aku yang dihantar ke sini.. Aku? Sekali lagi aku berjauhan dengan mak and family.. Sayu dan berat hati nak tinggalkan mereka.Hanya Allah Yang Maha Mengetahui segalanya.Namun,aku cuba ikhlaskan hati, sebab aku tau Allah dan janjikan sesuatu yang berharga untuk aku sepanjang keberadaanku disini.Inshaa-Allah.



1 SEPTEMBER 2014
Allah,,kuatkan aku!!Aku akan berjauhan dengan familyku.. Aku akan tinggal dengan mereka yang tidak pernah aku kenal sebelum ini. Aku hanya ada Allah disisi..NIatku diperbaharui saat kulihat signboard USIM.Ini cita-cita aku sebelum ini. Jadi,aku kena teruskan. Mengapa harus berpatahbalik? Sedangkan 4 tahun bukanlah satu jangka masa yang lama bagiku. Pejam celik pejam celik,kejap ja. Inshaa-Allah,moga dipanjangkan umur,Allahumma Aamiin..
Asing sungguh tempat ini.Dengan minggu orientasi yang tidaklah terlalu teruk,namun sangat meletihkan. Sudahlah letih berexplorasi keliling usim, ditambah pulak dengan kes keracunan makanan. Entah apalah yang kami makan. Ramai dok ulang-alik ke tandas, termasuklah aku. Ujian-ujian~

Hari-hariku terisi dengan aktiviti2 dari senior sepanjang minggu orientasi. Alhamdulillah, layanan the best dan agak memuaskan.. 
OK, aku akan sambung lagi ceritaku di usim nanti..
inshaa-Allah, ada masa,aku update lagi..
daaa semua
assalamualaikum wbt..

opps,sebelum terlupa,jangan lupa berselawat kpd nabi kita,Muhammad SAW :)