Wednesday 27 August 2014

Salam rindu


Assalamualaikum warahmatullahi ta'ala wabarakatuh,,,

syukur alhamdulillah atas nikmat iman dan Islam yang masih kitaada pada saat ini.
Rasanya,hampir 5 bulan ana takupdate blog,maaf sebelumnya kerana terdapat masalah teknikal dan kekangan masa yang tidak dapat dielakkan..

namun,doa untuk kalian inshaa-Allah ana tidak lupa..

Tidak terlambat rasanya untuk ana ucap Takziah kepada keluarga2 mangsa nahas kapal terbang MH17 pada bulan ramadhan baru-baru ini. dan diharapnya keluarga mangsa tetap tabah dan sabar mengharungi hidup. Ingatlah,kita hanya pinjaman di dunia ini, bila2 masa kita juga bakal dijemput pergi.. wallahua'lam bissowab..

Diharapnya kita akan terus berdoa kepada pesawat MH370 yang masih belum ditemui.
Inshaa-Allah, doa senjata bagi orang mukmin. Allah Maha Mengetahui atas segala sesuatu.
Mungkin,semua yang terjadi membawa hikmah yang besar kepada kita.
Misalnya,sebelum ini solat kita tidak cukup waktu,ada 3,ada 2,dan mungkin ada antara kita yang tak pernah pun solat, cara berwudhuk juga mungkin tak ingat susunannya. Selepas musibah ini, solat teratur, berjemaah 5 waktu sehari. mana tau kan, hidayah Allah rahsia terindah untuk hamba-hambaNya.. 
subhanallah walhamdulillah,..

Untuk harini 27Ogos 2014,berita baik buat seluruh umat Islam,terutamanya saudara2 kita di Gaza.
Namun, kita sentiasa beringat dan teruskan berdoa,kerana kita memang sedia maklum bagaimana permainan2 Israel laknatullah itu. mereka memang takkan berdiam diri melihat Islam mengalahkan mereka. walaupun pada saat hampirnya kiamat, Islam pasti akan tertegak.

jadi, kita sangat2 perlu jaga persaudaraan dan ukhuwah sesama kita, agar kita tidak mudah ditindas oleh mereka.


Sehubungan dengan itu. saya menyeru agar kita hapuskan ego dan mulakan hidup sebagai seorang muslim yang mukmin.. Inshaa-Allah


sayang kalian kerana Allah SWT

Jauhkan persengketaan, 
Rapatkan persaudaraan..

assalamualaikum wbt...

No comments:

Post a Comment