Wednesday, 10 January 2018

Pelangi hati

Haiiii,, Assalamulaikum semua J
Moga semua happy2 je. Taknak sedih2.
Sekian lama tak up story. Komitmen sebagai pelajar lebih diutamakan. Acewah. Sem last kan. So, terpaksalah kasi extra focus pada yang lebih penting. Tapi, still nak kongsi di sini apa “pelangi hati” kali ni.

Tipulah kiranya kita tidak ada hal-hal indah yang terjadi dalam hidup kita.  Banyak hal indah yang boleh kita nampak. Bila berjaya dalam hidup, bila spend time dengan family dan bila kita selalu dikelilingi insan-insan positif dan sayangkan diri kita. Alhamdulillah.

10.01.2018: Kolej Kediaman Nilam Court, Nilai Impian.
Dikala sendiri, aku memang suka throwback. Dan paling suka confess dekat diary or blog. Lain orang, lain hobi kan. So, just do what u want okay :D
Mana ada yang bermula dengan kemanisan. Sedangkan untuk melihat pelangi yang indah pun, Allah hadirkan sebelumnya guruh, kilat sabung menyabung, juga curahan air hujan kepada kita.  

Begitulah hakikat hidup kita. Mungkin, sepanjang perjalanan hidup selama hampir 24 tahun ni, membuka mata aku untuk melihat sekeliling.. Pahit getir, masam manis, ya semuanya..

Insan-insan yang hadir dalam hidup ini juga pelbagai jenis. Ada yang singgah untuk memberi pengajaran. Ada yang singgah untuk menumpang kasih sayang. Ada yang singgah untuk berkongsi kebahagiaan. Alhamdulillah. Semuanya Allah dah susun cantik.

Hargailah mereka sebelum tinggal bayangan. 
Hargailah mereka sebelum ditinggalkan pergi..
Sahabat, moga kita kan bertemu lagi..
Terima kasih Allah, hadirkan mereka dalam hidupku.


Monday, 10 July 2017

Burgerbyte Senawang,Seremban

Assalamualaikum.. Alhamdulillah masih diberi kudrat dan kesempatan untuk berkongsi dengan semua di sini. Takda la menarik sangat. Sapa-sapa yang sudi boleh baca, yang tak sudi, silalah close this page.. Peace. Hanya mahu keamanan.

Cuma nak kongsi, memandangkan semester ni kami (pelaajr kos Arab dan Comm, FPBU, USIM) kena buat Dokumentari untuk subjek Multimedia Journalism.. So, kami berpeluang untuk berkunjung ke beberapa tempat menarik. Antaranya ialah Burgerbyte, Senawang untuk segmen makanan.

Burgerbyte ni ada banyak cawangan. Tapi kami telah pilih dekat Senawang atas faktor geografi yang lebih dekat dengan tempat kami. Alhamdulillah, kami telah menemubual Pengusaha Burgerbute Senawang, Encik Rashdan. Baik sangat orangnya.

Beliau berkongsi serba sedikit tentang perniagaannya. Setelah selesai ditemubual, En. Rashdan menyediakan kami hidangan istimewa, tak lain tak bukan Burger yang sangat sedap dan mengenyangkan. Free weh. Rezeqi sangat.

Alhamdulillah.



Moga business Encik akan bertambah maju dari hari ke hari.. Aamiin.

Terima kasih sudi belanja kami.

Disini, say kepilkan video Dokumentari kami untuk tontonan semua. Enjoy this video yeahhh ^_^


https://youtu.be/xCzM-IBS4Mk

Semangkuk Batang Benar, Nilai, Negeri 9

Assalamualaikum.. Sihat ka semua?
Alhamdulillah, rajin pulak jari ni nak menaip di sini. Maklumlah tengah cuti semester. Rindu nak menaip assignment.
Ehhh? Yeke..takdak lah.
Bila fikir assignment, memang 'senak kepala' dibuatnya. hahahha.. Nama pun student kan, tak lari dari timbunan assignment yang menyesakkan dada dan otak.
Well. Bila cita dekat mak (on the phone masa dekat Nilai, dan mak dekat Perlis), mak tanya ja tengah buat apa,?.. mesti masa tu tengah kalut siapkan assignment. Rajin la tu kononnya. Padahal,, kerja last minute. Huwaaaa.. maaf mak. Adik tak reti buat keja awai-awai nih, apa yang penting, last minute tapi berKUALITI okay. hahah (bila lagi nak perasan)..,.astaghfirullahal'adzim.

Hokay, berbalik semula tentang Semangkuk, memang dok 'panas' viral di media sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram dan sebagainya. Ramai pengunjung yang bagi feedback 5 star dekat makanan di situ. Soooo, apa tunggu lagi, saya dan kawan-kawan pun excited nak pergi try. Paling femes dekat situ ialah cendol dalam tempurung. Memang best. Tapi, aku lebih prefer order ABC Durian..nyum nyumm nyummm. Kawan-kawan (Alyn & Erra) order cendol, so kami saling merasa semua. Best kan? hehe. Harga situ standard la dengan makanan yang superb.. Kami tak ketinggalan untuk mencuba mee udang semangkuk (boleh makan 2 org weh,banyak),,Walawehh,, sedap yang amat doe. Serious. Udang pun besor-besor. Alyn pulak teringin bakso. Dia memang 'hantu bakso', pergilah mana pun, bakso yang dicarinya..Hehe, lawak je alyn.  Senang kata, puas hati la..

Lagi puas hati, sebab kalini kawan aku belanja.. Yabedabeduuuuu.. arigato khuzaimasu Erra.



So, untuk yang bawak family datang jauh-jauh ke Nilai or Seremban, taktau nak makan dekat mana, silalah pergi semangkuk. Kedai pun senang cari, tepi jalan besar je.. Inshaa-Allah tak sesat. Jangan sesat kedalam hati saya sudah. Hahhaha.


Okay, sekian dari saya,. Much Love, (Kyra)..



Pertama Kali Cuba Cendol Sagu Rumbia di Labu, Negeri 9

Assalamualaikum, haiii. Apa khabaq semua? Moga semuanya baik-baik saja hendaknya.

Harini rasa nak kongsi sedikit pengalaman best sepanjang belajar dekat Nilai, Negeri 9. Alhamdulillah, sem akan datang dah masuk semester 7 yakni sem terakhir belajar, dan sem 8 bermulalah praktikal di tempat pilihan masing-masing. Sedih la pulak, last dah belajar sekali kawan-kawan. Mungkin, lepas ni masing-masing bawa haluan sendiri dan susah nak jumpa. Maklumlah, masing-masing asal dari lain-lain negeri, Sabah dan Sarawak pun hado..Biasalah kan.

Thoyyib, seperti yang semua sedia maklum, Nilai tidaklah seperti tempat lain yang ada macam-macam tempat best untuk dikunjungi. Cumanya, di noghori ni terkenal dengan adat dan makanan yang unik, bahkan tidak ada di negeri lain."Adat Perpatih" masih lagi diamalkan di Negeri 9 terutamanya masyarakat Melayu yang berketurunan Minangkabau.

Baru-baru ni, saya dan kawan-kawan mengunjungi satu kedai makan di daerah Labu. Kami tertarik untuk mencuba "Cendol Sagu Rumbia".. Kebiasaannya makan cendol tepung hijau yang biasa seperti di tempat lain. Rupanya, benarlah kata pepatah. "Jauh perjalanan, luas pengalaman". Kami seakan teruja apabila tiba di kedai tersebut. Rasa cendol sagu rumbia ni lain daripada yang lain. Isinya lebih kenyal dan tebal berbanding cendol biasa.





Masa kami pergi ke kedai makan ni, pelanggan memenuhi kedai, sehinggakan kami terpaksa menunggu di luar sehingga ada pelanggan yang selesai makan, barulah kami mendapatkan tempat untuk menikmati hidangan unik ini. Demi cendol, kami sanggup berdiri di luar dulu..hehehe ^^,

Rugilah kalau berada di tempat orang, tapi tak cuba sendiri makanan mereka.. Betul kan?



Rasanya tu je dapat dikongsi.. Moga ada juga input dari coretanku. Maaf jika ada kekurangan  ^__^




Sunday, 2 July 2017

CUBIT PAHA KANAN, PAHA KIRI TURUT TERASA SAKIT

Assalamualaikum wbt & selamat pagi.. Moga pagi yang indah ini menambahkan lagi semangat buat diri kita untuk mulakan aktiviti dan tugasan yg diamanahkan.

Ya Allah, rasa rindu untuk buat coretan di sini lagi. Sekian lama blog ini terbiar sepi. Maaf sebelumnya atas kesibukan yang tak dapat diri ini elakkan. Atas tanggungjawab sebagai seorang ‘mahasiswi’ tidak dapat tidak untuk bersenang lenang tanpa lakukan apa-apa tugasan..

Moga setiap titis keringat dan pengorbanan itu membuahkan hasil serta kebaikan buat kita semua.
Aamiin ya Robbal ‘aalamiin.

Inshaa-Allah kali ni nak kongsi kepada semua tentang “CUBIT PAHA KANAN, PAHA KIRI TURUT TERASA SAKIT

Pepatah ni tak asing lagi di pendengaran kita. Sejak di bangku sekolah kita sudah belajar maksud pepatah ini kan?..

Kalau dulu, kita selalu marah kalau orang ejek kita, buat salah cuma dengan kita.. 

Tapi berbeza situasinya dengan sekarang. Bila dah dewasa ni, kita selalu nak pertahankan diri kita dan juga insan-insan yang kita sayang, tidak kiralah ahli keluarga ke kawan ke malah orang yg pernah rapat dengan kita. Mungkin tak semua, tapi aku sangat sensitif soal ini. Sering emo bila ada yang menyakitkan hati insan-insan ini. Tak kisahlah org kata, “ni takde kaitan dgn ko, asal nk emo lebih-lebih”,, asal ko tau, “hati aku sakit bila tengok org yang aku syg disakiti, mata aku pedih bil tgk org yg aku syg menangis, hati aku meronta kesakitan seakan aku yg disakiti”... tapi itulah hakikatnya.

Ya betul, tak semua org senang dengan diri kita. Malah, kadang kita takda buat salah pun, still ada yg tak puas hati. Manusia kan. Penuh dgn kelemahan serta mcm-mcm godaan dok ada. Yg kita mampu, bersabar & berdoa kepada Ilahi.

Air mata ni tak dpat dibendung lagi bila tgk org yg aku syg disakiti. Laju je menitis ke pipi. Aduhai hati..mohon lagi cekal lepas ni.
Begitu la contoh yg dpt dikemukan untuk huraikan tentang pepatah  CUBIT PAHA KANAN, PAHA KIRI TURUT TERASA SAKIT.




Mungkin, kalau sesiapa ada tips untuk cekalkan hati, boleh kemukakan di ruang komen di bawah.. Terima kasih. xiexie J 







Friday, 22 July 2016

Tiada setanding hujan

Bismillah..

Syukur Alhamdulillah atas segala nikmat yang kita perolehi..

Saat jari sedang menari-nari di keyboard laptop, sayup-sayup hujan membasahi bumi.
Allahumma soyyiban nafi'a.

Saat ini juga jari ligat untuk berpuisi..saja suka-suka menghiburkan hati. cuma pada aku, setiap puisi punyai cerita yang 'hidup'.




Hujan..
titik-titik air yang berjatuhan dari udara..
lalu menghempas keatas latar bumi yang rata..
Sering..
Hadirnya tidak pernah mengecewakan..
Malah membuahkan sekuntum senyuman..
Mengubah jiwa yang lesu menjadi segar. Bunga yang layu menjadi mekar.
Subhanallah. 
Hadiah ini tanda rahmat-Mu kepada seisi penghuni alam..
Dingin. Dan mendamaikan..
Kadang..
Ia membisikkan kenangan..
Pada hati yang sering teruji..
Pada jiwa yang selalu berduka..
Bertabahlah..
Fikrah dunia dipenuhi pancaroba..
Saat ini..
Biarkan hujan merawat luka..
Mengubati hati..
Juga membebaskanmu dari luka emosi..
Dengan izin-Nya.

Thursday, 14 July 2016

Ujian buat kita

Alhamdulillah..Terima kasih Allah atas kesempatan ini.

Rajin pulak jari nak menaip. Terlalu rindu untuk berblogging. bila mood rajin datang, usah ditahan. takut kang terlupa. kita kian sibuk. semua benda perlu dilakukan. semua kena diingat. malah, kadang seakan mahu pulang ke zaman baby. seronoknya waktu itu. jauh dari keserabutan. dan mungkin jauh dari perkara yang melalaikan. hanya dalam dunia sendiri. Tapi, hanya mampu bermimpi. yang memang takkan dikabuli. Hakikat kehidupan yang sebenar, jauh panggang dari api. saja jaaaa. don't take it serious.

tak best ke alam dewasa ni? beljar, berkawan, khwin, ada anak, kerja. best kan. Mungkin mslah yng membuatkan kita lemah.Kadang keadaan diri kita. Yang selalu lembik bila diuji. Then, mulalah berprasangka. na'uzubillahiminzalik. moga kita jadi insan yang sado hati dan sado iman. takkan nak sado kan body je? heheehe..

Alah bisa tegal biasa. Sering kita dengar pepatah tu. Tapi kenapa kita tak hadam dalam diri? Hadapi dan hadapi. Walau sebesar mana ujian itu. Allah tidak turunkan sesuatu ujian buat hambaNya melainkan sesuai dengan keupayaannya. just save in our mind. ok dear :)

Aku juga sering rebah. Sering mengalah. Sampaikan kadang hati nak bernanah. Berbuih mulut orang bagi nasihat. Tak kira la nasihat untuk menghentam ataupun membangun. Jauh disudut hati, aku bersyukur. Allah  kirimkan mereka buatku. Saat diri lemah, aku masih punya Allah, Rasulullah, keluarga, sahabat dan semua yang memahami diri. Termalu aku dengan diri sendiri. Kenapa? Aku lihat ramai lagi insan yang masih punya banyak masalah, namun masih tidak mudah menyerah. sedangkan aku sudah mahu berputus asa. Come on!!! Bangun! Umat Islam tidak lemah. Umat Islam itu kuat! inshaa-Allah. letak tangan didada. pejamkan mata. niat, AKU KUAT KERANAMU YA ALLAH. AKU KUAT KERANA NABIMU. AKUKUAT KERANA AGAMAMU. Allahuakbar!!!

moga kita tak mudah melatah dengan ujian yang menerpa. hadapinya dengan sebaik mungkin. :-)