Sunday 19 October 2014

Dahulu dan sekarang. TIADA BEZA!

Bismillahirrohmaanirrohiim..
assalamualaikum wbt sahaabt-sahabat yg kyrah sayang kerana Allah..
Apa khabar iman dan amal sahabat hari ini? sudah pastilah bertambah dan baik kan? Inshaa-Allah..
Alhamdulillah thummalhamdulillah...

Sebab apa lama tak update blog?
Sejak sambung belajar, kyrah memang kurang masa untuk mengupdate blog, mungkin sebab kekangan waktu, dan yang paling wajar ialah internet problem there!.. Mashaa-Allah, agak menguji kesabaran bagi seorang student kalau nak buat kerja tanpa perkhidmatan internet kan? ke tidak?

Urm,malam ni kyrah rindu nak update blog, rindu nak share dengan sahabat-sahabat disini.
Alang-alang sekarang ada di 'rumahku syurgaku', kyrah gunakan kesempatan 'wifi' untuk ber blog.. Yeay...

Sebenarnya banyak nak cita, tapi inshaa-Allah, kyrah pilih yang betul-betul penting la ek..
Maklumlah, blog ni pun dah macam diary dah kyrah tengok. Semua nak diceritakan. Mashaa-Allah, harap takda yang kisah. >,<


"Jika niat kita baik, inshaa-Allah Allah akan mudahkan"

Kehidupan sekarang semakin takda beza dengan kehidupan semasa zaman jahiliyah. Siapa rasa macam tu? ke kyrah je? ok la, whatever. Sebabnya kyrah bukan cakap tanpa bukti. Jangan kata diluar negara,di Malaysia pun dah banyak ciri-ciri jahiliyah. Apa ye?
 Banyak sangat, tamsil yang kyrah boleh bagi ialah pembuangan anak. Na'uzubillahiminzalik.. Sedih dan hiba ja bila dengar perbualan pasal isu ini. Bukanlah bangsa lain yang lakukan perbuatan terkutuk ini, mostly orang Melayu. ok,nak marah kyrah,silakan.But,its FACT! 

Mana pergi bangsa lain? tak nampak lagi ka bangsa mana yang maju sekarang? Bukan orang Islam, bukan orang Melayu. Tapi bangsa lain, Cina terutamanya. Mana pergi orang Melayu yang suatu ketika dahulu sangat tinggi di mata masyarakat? Allahuakbar,, Alangkah sedihnya jika kita tidak mampu nak naikkan balik nama Islam.. Malunya aku padamu Ya Rasulullah..

Dalam kesayupan malam yang sangat hening ini, kyrah sangatlah mohon agar Allah tetapkan hati dan iman kita, juga tambahkan ilmu ke dalam dada kita. Let us change the world, NOT world change us! 
Inshaa-Allah...

>Allahumma Aamiin<


ربَّنا لا تزغ قلوبنا بعد إذهديتنا وهب لنا من لدنك رحمة إنَّك انتَ الوهَّاب 




No comments:

Post a Comment