Friday, 29 August 2014

Keinginan Khalid al-Walid untuk berjihad dan permintaannya berjuang pada jalan Allah

Bismillahirrohmaanirrohiim..
assalamualaikum wbt :)
amacam harini?sihat ka? syukur,alhamdulillah..
kalau sakit,bagitau ye,nak bagi ubat..sebenarnya bila kita sakit ni,kita perlukan ubat,ya dak?
tu kalau sakit fizikal, macamana pulak kalau sakit hati? sakit naluri kita? itupun kita perlu cari ubatnya. nak tau apa ubatnya?
oke, saya nak bagi 5 penawar untuk sakit hati,inshaa-Allah,sama2 kita buat k :~

1) baca al-quran dan fahami maknanya.
2)dirikan solat malam (qiyamullail).
3)selalu berdamping dengan orang yang soleh dan berilmu.
4)selalu berpuasa.
5)panjangkan doa terutamanya pada waktu malam.

oke,dapat tak 5 ubat penyakit hati? 
sama2 lah kita kongsi ye..

oke,perbincangan kita untuk kali ni ialah tentang keinginan Khalid al-Walid untuk berjihad dan permintaannya berjuang pada jalan Allah

Sebelum kita masuk tajuk kita, apa kata kita berkenal-kenalan dulu siapa sebenarnya Khalid bin Al-Walid ini? kata orang,tak kenal maka tak cinta? ye dak? hehehe..

Khalid bin al-Walid dilahirkan pada (1 Julai 592) dan telah meninggal dunia pada 
1 Oktober 642
Nama sebenarnya Khalid bin al-Walid bin al-Mughirah
Beliau juga dikenali sebagai Saifullah al-Maslul  bermaksud Pedang Allah yang terhunus atau Pedang Allah),beliau adalah antara panglima tentera Arab yang memainkan peranan penting dalam peperangan antara tentera Islam dengan tentera Byzantine dan tentera Parsi pada kurun ketujuh.Beliau terkenal dengan kebijaksanaan dalam peperangan dan mengepalai tentera Islam ketika zaman Nabi Muhammad SAW dan juga zaman khalifah-khalifah Abu Bakar al-Siddiq dan Umar Al-Khattab. Pencapaian terulung ialah dimana beliau berjaya mengalahkan pasukan Rom dan Parsi dalam masa tiga tahun sahaja.
Khalid bin al-Walid berbangsa Arab keturunan Quraisy yang pernah suatu ketika menentang Nabi Muhammad . Beliau merupakan seorang askar yang aktif ketika Perang Uhud menentang tentera Islam. Ketika tempoh damai berikutan pemeteraian Perjanjian Hudaibiyah, Khalid memeluk Islam dan memohon maaf kepada Nabi Muhammad atas tindakan beliau sebelum ini. Ketika zaman nabi Muhammad, beliau menyertai tentera Islam dalam Perang Mu'tah dan juga perang-perang lain. Selepas kewafatan Nabi, beliau dilantik penglima perang dan mengetuai ekspedisi menentang tentera Sasan Parsi dan juga tentera Empayar Byzantine (digelar "Rum" oleh orang Arab pada masa itu.

Dari Asim bin Bahdalah,dari kitab Abi Wail berkata, "tatkala kematian mendekati Khalid bin Al-Walid,beliau berkata, 'aku telah harapkan kematian menjemputkudi medan perang,tetapi kenyataannya aku akan mati di atas tempat tidurku. Tidak ada usaha yang aku harapkan selain TIADA TUHAN SELAIN ALLAH dari mlm2 yang aku lalui dari ingin memeliharanya,dan langit terus menurunkan hujannya hingga pagi sampai kita melawan orang-orang kafir." Kemudian dia berkata, " jika aku mati,perlihatkanlah pedang dan tempat tidurku serta menjadikannya perhitungan di jalan Allah".Maka tatkala Khalid wafat, Sayyidina Umar r.a mendatangi jenazahnya sambil berkata,: isteri dan keluarga Khalid akan menitiskan air mata tanpa sura dan memukul-mukul dada mereka"
Disebutkan dalam (al-isabah)(1/415), (al-Haitsami) (9/350) berkata : sanad hadisnya sohih

sama-sama kita contohi Khalid Ibnu al-Walid yang sentiasa ingin berjihad meski di akhir nyawanya...
SUBHANALLAH!!!!!! 
wallaahua'lam bissowab

















Thursday, 28 August 2014

SYAFAAT YANG PERLU KITA KEJAR

Bismillahirrohmaanirrohiim
assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah 'ala kulli hal,wa kulli ni'mah..
segala puji bagi Allah Tuhan Sekalian alam..

Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad,wa 'ala alihi wasohbihi aj'main..


sebelum memulakan muqoddimah, nak tanya harini dah selawat berapa kali ye sahabat?
mintak maaf la, mcm bajet bagus je,. tapi nak ingatkan diri dan sahabat, bahawa betapa pentingnya selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W.. kenapa?
kerana...

Nabi Muhammad S.A.W diberi keistimewaan yang tidak ada pada nabi lain, iaitu syafaat kepada umat-umatnya pada hari akhirat nanti.
dan siapa yang akan peroleh syafaat itu?
hanya mereka-mereka yang sering mengucap kata selawat ke atasnya masa hidup di dunia..
Subhanallah..bersyukurnya kita dipilih menjadi salah seorang dari hambanya..

Jadi,tunggu apa lagi sahabat? ayuhlah kita kejar syafaat Rasulullah S.A.W,.
Susah ka? ok, misalnya kita sibuk 24 jam kerja,urus anak-anak, kemas rumah lagi, kemudian penat..terus terlena, kita tak cuba nak curi masa kita sedikit untuk mencari saham akhirat..

masa memandu,mesti ada traffic light, kemudian apa yang kita buat masa menunggu traffic light nak hijau? yaa, kita boleh berselawat ke atas Nabi, kita boleh berzikir kepada Allah (SUBHANALLAH,ALHAMDULILLAH,ALLAHUAKBAR)..
Tak boleh lafaz banyak2, sikit2 pun jadilah,. at least kita tak duduk saja,.
mungkin dengan cara itu, kita boleh mendekatkan diri kepada Allah..

inshaa-Allah,sama2 kita praktik OK~

KAYA DUNIA

KAYA AKHIRAT


_KYRA IJASPIN_

Wednesday, 27 August 2014

Salam rindu


Assalamualaikum warahmatullahi ta'ala wabarakatuh,,,

syukur alhamdulillah atas nikmat iman dan Islam yang masih kitaada pada saat ini.
Rasanya,hampir 5 bulan ana takupdate blog,maaf sebelumnya kerana terdapat masalah teknikal dan kekangan masa yang tidak dapat dielakkan..

namun,doa untuk kalian inshaa-Allah ana tidak lupa..

Tidak terlambat rasanya untuk ana ucap Takziah kepada keluarga2 mangsa nahas kapal terbang MH17 pada bulan ramadhan baru-baru ini. dan diharapnya keluarga mangsa tetap tabah dan sabar mengharungi hidup. Ingatlah,kita hanya pinjaman di dunia ini, bila2 masa kita juga bakal dijemput pergi.. wallahua'lam bissowab..

Diharapnya kita akan terus berdoa kepada pesawat MH370 yang masih belum ditemui.
Inshaa-Allah, doa senjata bagi orang mukmin. Allah Maha Mengetahui atas segala sesuatu.
Mungkin,semua yang terjadi membawa hikmah yang besar kepada kita.
Misalnya,sebelum ini solat kita tidak cukup waktu,ada 3,ada 2,dan mungkin ada antara kita yang tak pernah pun solat, cara berwudhuk juga mungkin tak ingat susunannya. Selepas musibah ini, solat teratur, berjemaah 5 waktu sehari. mana tau kan, hidayah Allah rahsia terindah untuk hamba-hambaNya.. 
subhanallah walhamdulillah,..

Untuk harini 27Ogos 2014,berita baik buat seluruh umat Islam,terutamanya saudara2 kita di Gaza.
Namun, kita sentiasa beringat dan teruskan berdoa,kerana kita memang sedia maklum bagaimana permainan2 Israel laknatullah itu. mereka memang takkan berdiam diri melihat Islam mengalahkan mereka. walaupun pada saat hampirnya kiamat, Islam pasti akan tertegak.

jadi, kita sangat2 perlu jaga persaudaraan dan ukhuwah sesama kita, agar kita tidak mudah ditindas oleh mereka.


Sehubungan dengan itu. saya menyeru agar kita hapuskan ego dan mulakan hidup sebagai seorang muslim yang mukmin.. Inshaa-Allah


sayang kalian kerana Allah SWT

Jauhkan persengketaan, 
Rapatkan persaudaraan..

assalamualaikum wbt...