Saturday 1 June 2013

Ta'arruf empunya blogger :-)

Assalamualaikum wbt :)

Ahlan Wasahlan ke blog Seanggun Bidadari Firdausi.

syukur alhamdulillah kita masih dapat bernafas pada hari ini. Syukur juga kerana Allah masih memberi kita pinjaman nikmat terbesar iaitu nikmat Iman & Islam . Tak semua orang boleh menikmati nikmat yang tak ternilai ini.
Sebelum antum mengembara lebih jauh mengenai blog ini, kenalilah pemilik blog ini :-)
Ismi Nur Syakirah Binti Idris, Askunu fi Arau (anak jati Perlis). Tahun ini, umur ana 19 tahun (muda lagi dan masih banyak yang ana belum terokai dalam mencari makna kehidupan). Ana merupakan anak bongsu dalam family. Alhamdulillah, walaupun ayah telah lama meninggalkan dunia fana ini, ana masih memiliki seorang ibu dan abang yang sangat ana cintai. 

Hobi ? Ana sangat suka membaca novel. Ana sanggup berhabis wang dan sanggup tak makan demi membeli    novel. Dah lama dah tabiat ni semenjak ana mula-2 jejakkan kaki ke alam sekolah menengah. Ana tidaklah selalu membeli novel, dalam setahun hanya 3 buah novel ana beli. Ana beruntung sangat sebab kawan-2 ana pun mempunya habit yang sama. So,kami akan saling menukar novel apabila tiba cuti sekolah. Baguskan kawan ana?? 

Sebelum niy,ana punyalah berminat nak jadi novelis terkenal. Tapi, baru je karang novel,tau-2 laptop rosak. Hampeh !! Bukannya sikit ana karang, dah masuk bab 20 dah. Mula lepas tu,ana tak mau jadi novelis dah. Punyalah frust~

 And now, ana berminat jadi pendidik ja. Ana suka dengan suasana sekolah. Doakan ana ye! Lagipun, kalau jadi pendidik, bolehla tabur bakti kepada anak bangsa. Cuti tahunan pun banyak. Hihihi.. Niat dah terpesong tuh.. Astaghfirullah hal 'azimm. 
ok la,, ana rasa itu aja yang ana boleh kongsikan mengenai ana,.

ana hanyalah insan yang masih mencari ilmu.. 

segala kekurangan berpunca dari kelemahan diri ana sendiri yang selebihnya ana sandarkan kepada Allah Ta'ala :)


Ok., that's all about me!!

No comments:

Post a Comment