Wednesday 5 June 2013

SEIRING SEHALUAN

                                                                                                              
ASSALAMUALAIKUM WBT :)


SEIRING KITA MELANGKAH
SEHALUAN KITA BERSAMA !!!

Video ni mula-mula  kyrah try buat., sebelum ni dah try upload, tapi tak boleh,. tak tau lah apa masalahnya. Pastu,kyrah pun edit punya edit, yeay !! Dah berjaya.. Apa ni ? dah berjaya, bukan kata yeay la..tapi ALHAMDULILLAH~
 haha.. padan muka!!

Biasalah manusia, takkan lari daripada melakukan kesilapan kan?
Sebab tu la kita perlu saling mengingati antara 1 sama lain, agar boleh masuk syurga sama-sama, Insya-Allah,. AAMIIN..

ok, berbalik pada video ni, masih dengan kawan-2 pra-u kyrah.. maaf ye kawan-2 yg lain, kyrah tak sempat lagi nak buat video dengan korang semua. Nanti bila free,kyrah buat k.!! Cuti sekolah pun hanya tinggai empat hari ja lagi., huhu..(sedihnyaaa).. dah nak kena balik hostel,. OH MAN!!! 

Tau tak lagu kenapa kyrah letak lagu seiring sehaluan(UNIC) ni,??
This is because.. lagu ni lagu tema persahabatan kami 9 sekawan. Dan lagu ni membawa maksud yang sangat mendalam buat kami 9. Bila kyrah dengar je lagu ni, autokatik punyalah kyrah akan bayangkan muka sahabat-sahabat kyrah ni.. Pelik kan? tapi itulah namanya persahabatan.. INDAHNYAAAA!!

Seronokkan ada ramai kawan? macam-macam kita boleh share, tapi ingat!!! Kawan kita kena letak nombor 4 k!! kenapa bukan nombor 1??
Sebabnya :-

1)Allah Ta'ala iaitu Pencipta Sekalian alam
2) Nabi dan Rasul
3)Ibu bapa dan keluarga
4)kawan-kawan

 Betul ke tak?

tapi, ini la yg kyrah tau,..hihi(kalau salah minta maaf la ye)

#Semoga sahabat-sahabat kyrah semua hayati lagu ni betul-2 ye!!

     tiada apa yg boleh kyrah bagi kat ampa semua melainkan iringan doa selepas solat..

biarpun berbeza bentuk , perangai, namun saling mengambil berat antara 1sama lain




kalau kyrah tak dapat jadi seperti ciri-ciri di atas, kyrah harap ampa semua dapat membawa kyrah bersama-sama menuju jannah Allah


kata-kata ni kyrah ambil dari seorang kawan indonesia..harap kalian faham ye!!
Tidak ada yang lebih menyakitkan daripada menyakiti seorang sahabat………
…….tidak ada yang lebih menyembuhkan daripada dimaafkan seorang sahabat
Dengan sahabat lama anda bisa mengingat masa muda tanpa mencoba mencarinya kembali
Sahabat adalah bagian terbaik dari diri kita sendiri

Sunday 2 June 2013

TIADA LAFAZ SEINDAH ALHAMDULILLAH

ASSALAMUALAIKUMU WARAHMATULLAHI WABARAKATUH :)
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..


Allah memiliki segala yang ada di langit dan di bumi termasuklah diri kita. Kita adalah milik Allah sepenuhnya dan begitu juga segala apa yang kita miliki pada hari ini.
Oleh itu,  adalah menjadi satu tanggungjawab kepada kita untuk bersyukur kepada Allah atas segala nikmat yang kita perolehi. Sudah tentu nikmat yang kita perolehi terlalu banyak sehingga kita sendiri tidak mampu menghitungnya. 


Cukuplah sekiranya kita bayangkan bagaimana jika matahari terus menerus memancarkan cahayanya sepanjang hari tidak kira siang mahupun malam? Sudah pasti ketika itu tiada kehidupan yang dapat bertahan hidup di atas muka bumi ini termasuklah manusia.

Allah berfirman dalam surah Qasas ayat 72 yang bermaksud:


"Katakanlah lagi: "Bagaimanakah fikiran kamu jika Allah menjadikan siang kepada kamu selama-  lamanya hingga ke hari kiamat. 


Allah berfirman dalam surah Az-Zariat ayat 20-23 yang bermaksud: "Di bumi terdapat tanda-tanda kebesaran Allah bagi orang yang yakin. Dan di dalam diri kamu, apakah kamu tidak melihatnya. Dan di langit rezeki kamu dan apa yang dijanjikan kepada kamu".

(Ini semua adalah nikmat yang berkaitan dengan hidup dan 
mati kita.)

Bagaimana pula nikmat yang Allah kurniakan untuk memberi kesenangan kepada kita seperti anggota badan yang sempurna, kenderaan yang baik dan rumah yang selesa?. Tidakkah kita patut bersyukur dengan segala nikmat yang telah dikurniakan itu? 

Sekiranya kita bersyukur sudah pasti Allah akan menambahkan nikmat-Nya sebagaimana firman-Nya dalam surah Ibrahim ayat 7 yang bermaksud: "Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhan kamu memberitahu kepada kamu, sekiranya kita bersyukur Aku akan menambahkan (nikmat-Ku) kepada kamu tetapi sekiranya kamu mengingkari (nikmat-Ku) maka sesungguhnya azab-Ku sungguh pedih".


ALLAHUAKBAR !!!

Lagi 1 kita kena ingat,apabila kita bersyukur kepada Allah, Allah akan tambah nikmat kepada kita, dan jika kita tidak bersyukur, Allah akan tarik segala nikmat yang telah diberikan..

wal'iyazubillah.,

p/s dari kyrah => semoga kita menjadi hamba ALLAH yang bersyukur ^__^


"AAMIIN YA RABBAL 'ALAMIN"

Saturday 1 June 2013

Minat @ Hobi...

Erm, korang ada minat tak?
tak tau ke apa tu minat?
ishk3.. meh nak describe serba ckit pasal minat..
oke.. minat tu sejenis binatang yg sgt baik, cerdik,cantik.. blablablabla..(eh,apa ko mengarot ni hah kyrah?)
ok..serius2, minat ni sesuatu yang korang suka or senang hati bila korang boring.. Erm, faham tak niy?
Aiyoo.. kalau tak faham, try ar search kt google.. confirm jumpa punyaa!!

Sekarang ni kyrah nak cita pasal minat kyrah., kau tau ke?
haha.. minat yg pertama ialah kyrah minat sangat nak jadi heroin dalam novel.. (sesuatu yang sgt-2 mustahil)
tapi,apa salahnya minat aku, ko peduli apa?  kalau macam ni la gayanya, kyrah kena karang novel sendiri la jawabnya.. huhU,. 

oke-2. kedua kyrah minat sangat tengok tv.. tak semua cita kyrah minat k!! cita yg plg minat opkos la cita romantik,, hee.. xmao la yg over sgt(meluatt plak rasa hati).. erm, cita indon pun kyrah suka layan walaupun episodnya panjanggggg yg amat!! haha.. cita english pun suka,,tambah2 yg ada lawan2..WAH, gempak kowt!!

tapi, tu semua kalau nak dibandingkan dgn cita hindustan. Oh My God!! feeling habesss~

fb? urm.. sgt2 suka,. tambah-2 sekarang ni tgh cuti sekolH plak.. fulamakkk ~
tolak time solat,makan, tidoq, main, kuar jalan, selebihnya hanya berFB... teruknyaaaa kamu!!!!! Tapi, itulah diri kyrah.. kyrah kurang suka kuar rumah,. bukan apa, nak jaga kulit.. haha..OVER NGAT AIH!!
tak da la nak jaga kulit, sbb kawan2 kirah dok jauh, pastu nak kuar dgn diorang kena g pekan. Dah la lesen tak dak lagi (waduhh,,malunya!!)


Sebenaqnya, kyrah suka layan music.. Best,. tambah-2 jiwang.. Fulamakkk!!  meleleh air mata~
nak tau tak,dari kyrah darjah 2,,. umur 8 tahun,, kyrah minat sgt lagu kumpulan SPIN... tak tau la apa yang menarik sgt pasal SPIN.. hingga sekarang kowt kalau korang nak tau. Walaupun arwah achik SPIN dah tak dak, namun kyrah selalu layan lagu  diorang.. Memori Berkasih, Gurauan Berkasih, Resepi Berkasih, Mainan Cinta, n byk lagi lah lagu diorang yg best2.. 

Erm, apa lagi ye yg nak dikongsi?
hah..lupa nak gitow, hobi kyrah yg ni pelik taw.. nak tau tak apa dye?
jeng jeng jeng~

kyrah sgt suka usik orang.. tak kira la orang tu family ka, kawan2 ka, erm.. malah orang yang kyrah tak kenal pun suka usik gak.. haha.. best sgt!!!

itulah minat yg dpt dikongsikan ;) 

sesungguhnya yg buruk itu dtg dari kelemahan dri kyrah sendiri..
dan yg baik itu kyrah sandarkan kpd pencipta kita,Allah Ta'ala

"SAHABAT YANG KYRAH CINTA KERANA ALLAH"

Assalamualaikum wbt :-)

Bismillahirrahmanirrahim..

Sahabat @ Kawan? siapa mereka?


Kyrah nak kongsi dgn antum semua.. Istilah kawan tak sama dengan istilah sahabat.
Kenapa ye?? ..

Sebabnya kawan menunjukkan istilah seseorang yg boleh berkongsi lbh dari satu perkara spt minat, hobi, perasaan, perjuangan dan sebagainya. Kawan juga ialah orang yang sering berinteraksi dgn kita.

Sahabat ialah seorang yang setiakawan, boleh membantu apabila kita berada di dalam kesusahan, meredakan kesedihan ,menghilangkan kebimbangan dan sanggup berjuang demi kebaikan kita. Sahabat adalah orang yang mampu menyimpan rahsia dan keaiban kita. Mereka akan sentiasa melindungi kita.

Kyrah pun ada sahabat dan kawan. Kyrah sangat sayangkan diorang. Dalam ramai-2 kawan kirah, yang paling kyrah rapat ialah Afifah, Shahirah, Syazana, Widad, Ayue, Fareeha, Ekah, Bahiyyah, Hayati,Wanie, Nik,Aimie, dan Eeha. Diorang ni yg paling kyrah rapat dan senangi. Tapi,,kawan2 yg laen pun kyrah sayangggggg k!! 

Pic niy kami snap time raya 2012 ^_^

Hidup kyrah tak akan lengkap tanpa diorang. Kau ada di kala ku suka, di kala ku duka.. Aiwahh.. jadi najwa latip sat.. hehe. 





"1000 teman datang saat kamu tertawa

Tapi seorang sahabat akan datang saat kamu berderai air mata."







My life in form 6

Assalamualaikum wbt~

Ramai org tanya kepada kyrah mcmana belajar form6?Ana nak jawab apa ye?? urm.. hentam je laa.. tapi, kyrah selalu jawab macam ni "erm,bolehla. Form 6 niy sama mcm masuk matrik, asasi, n diploma. Cuma form 6 kena belajar di sekolah, n kena pakai uniform sekolah, tak seperti belajar di matrik n universiti yang bebas dalam berpakaian."
Pastu, diorang akan kata mcm ni "eiy, bosanlah pakai baju sekolah. Poyo laa!" n mcm-2 lagi kyrah dengar. Memang la, tak kan la nak pakai baju bebas pulak, satgi pelajar yang lain ingat cikgu-2 baru pulak.. Hihi.Tapi, yang BESTnya form 6 nih, kita akan selalu berinteraksi dengan cikgu-2. Secara tak langsung, hubungan kita akan lebih akrab berbanding dengan pelajar yang laen.. kan2 ??
Sistem stpm sekarang tak sama dgn sistem dulu-2.Now, kami ikut sistem semester, lebih kurang mcm u jugak (fuyyoo!!). so, mudah balik la.. sebab belajar 5 bulan, pastu exam. pastu belajar bab lain pulak utk sem seterusnya.. Sekarang kyrah tinggal lagi 1 sem (yippy). Erm, kyrah nak gitow kat cniy, form 6 nih sentiasa busy. Biasa la, kena buat PBS la,. pastu,, kena join event-2 yang sekolah anjurkan. Tapi, takpa.. ada seorang ustazah ni pernah cakap kt kyrah. Lebih kurang mcm ni la dy cakap "Syakirah, kamu jgn risau, kalau kamu tak sempat study sebab tolong cikgu @ buat kebajikan, Allah akan beri ganjaran yang cukup besar dan mudah-mudahan Allah membantu kamu ketika jawab peperiksaan nanti ". Pastu, tiba-2 ana rasa seperti 1 aura masuk dlm jiwa kyrah..Alhamdulillah,!! form 6 ialah pilihan yang paling tepat~

"ALHAMDULILLAH, PENGALAMAN MENDEWASAKAN KYRAH"

So,kyrah harap sesiapa yang masih pening nak sambung belajar mana,. masuklah form 6. 
Mudah,cepat dan BEST

REUNION SEMEKAR 0711

Assalamualaikum wbt :-)


Ini gambar semua yang hadir masa reunion~


niy pulak gambar nahnu semasa sesi menjamu selera di kantin :)





This is muslimin photo.. that's all my friends :)




Alhamdulillah..


Setelah sekian lama tak berjumpa dengan kawan2, akhirnya terubat juga rindu di hati niy (aicewahh !!). Bukan apa, diorang semua sambung belajar jauh-2, ana je stay di sekolah tue. Sokey la, sebab belajar kat mana pun takpa,. Janji ilmu dipraktikkan! hehe. Oke, berbalik pasal reunion baru nih, tak ramai pun yang datang. Tengok je la gambar ni, sikit kan? Sedihnyaaa tak leh jumpa semua. 
Mungkin tak da rezqi jumpa kali niy.

Kyrah hope sangat pasniy ada lagi reunion antara kita :-) 
Dengan cara ni ja kita dapat utuhkan lagi ukhuwah persahabatan, ya dak? 

Sahabat-sahabat yang kyrah sayangi kerana Allah Ta'ala., niy kirah ada kata-kata nak bagi kat korang :-

baca nah !!

"TIADA UNGKAPAN PERPISAHAN DALAM PERSAHABATANWALAUPUN MAUT MENJADI NOKTAH.. INI KERANA SEORANG SAHABAT TERLALU ISTIMEWA DALAM DOA SAHABATNYA YANG LAIN WALAUPUN TANPA BAYANGNYA.."

UKHUWAH FILLAH


VIO BERSAMA RAKAN PRA-U ^_^

  Assalamualaikum.. 

Video ni kyrah buat special utk kawan-2 pra-u kyrah. Kyrah sayang ampa semua sangat-2. Tahun ni last kita d sekolah tuh,. So,kyrah hope korang semua tak lupakan kyrah soon !! 




Waktu ni kyrah baru ja beli laptop..pakat nak try guna webcam,. hehe

"i love u alls"

Ta'arruf empunya blogger :-)

Assalamualaikum wbt :)

Ahlan Wasahlan ke blog Seanggun Bidadari Firdausi.

syukur alhamdulillah kita masih dapat bernafas pada hari ini. Syukur juga kerana Allah masih memberi kita pinjaman nikmat terbesar iaitu nikmat Iman & Islam . Tak semua orang boleh menikmati nikmat yang tak ternilai ini.
Sebelum antum mengembara lebih jauh mengenai blog ini, kenalilah pemilik blog ini :-)
Ismi Nur Syakirah Binti Idris, Askunu fi Arau (anak jati Perlis). Tahun ini, umur ana 19 tahun (muda lagi dan masih banyak yang ana belum terokai dalam mencari makna kehidupan). Ana merupakan anak bongsu dalam family. Alhamdulillah, walaupun ayah telah lama meninggalkan dunia fana ini, ana masih memiliki seorang ibu dan abang yang sangat ana cintai. 

Hobi ? Ana sangat suka membaca novel. Ana sanggup berhabis wang dan sanggup tak makan demi membeli    novel. Dah lama dah tabiat ni semenjak ana mula-2 jejakkan kaki ke alam sekolah menengah. Ana tidaklah selalu membeli novel, dalam setahun hanya 3 buah novel ana beli. Ana beruntung sangat sebab kawan-2 ana pun mempunya habit yang sama. So,kami akan saling menukar novel apabila tiba cuti sekolah. Baguskan kawan ana?? 

Sebelum niy,ana punyalah berminat nak jadi novelis terkenal. Tapi, baru je karang novel,tau-2 laptop rosak. Hampeh !! Bukannya sikit ana karang, dah masuk bab 20 dah. Mula lepas tu,ana tak mau jadi novelis dah. Punyalah frust~

 And now, ana berminat jadi pendidik ja. Ana suka dengan suasana sekolah. Doakan ana ye! Lagipun, kalau jadi pendidik, bolehla tabur bakti kepada anak bangsa. Cuti tahunan pun banyak. Hihihi.. Niat dah terpesong tuh.. Astaghfirullah hal 'azimm. 
ok la,, ana rasa itu aja yang ana boleh kongsikan mengenai ana,.

ana hanyalah insan yang masih mencari ilmu.. 

segala kekurangan berpunca dari kelemahan diri ana sendiri yang selebihnya ana sandarkan kepada Allah Ta'ala :)


Ok., that's all about me!!