Saturday 14 September 2013

MEREKA MEMBAWA CAHAYA KEPADAKU

Assalamualaikum wa ahlan wasahlan wa marhaban bikum ^_^

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah kita masih dipinjamkan nyawa oleh Allah Taala untuk terus beribadah kepada-Nya siang mahupun malam..

Allah tidak pernah membebankan hamba-hamba-Nya,. namun mengapa kita selalu rasa terbeban dengan kewajipan kita sebagai seorang muslim/muslimah?

Sedarkah kita sebab kita diciptakan di dunia ini?
Tidak malukah kita mengingkari perintah pencipta kita?
Mengapa kita tidak berubah?
Takburkah kita? sedangkan sifat takbur itu hanya sifat Allah!!
Allahuakbar3x~


Sahabat, saudara dan saudari yang dirahmati Allah Ta'ala..

Kita diciptakan di dunia ini hanya sekejap yang diamanahkan untuk menyembah Tuhan Yang Esa, Allah 'Azza wajall,
bukan untuk enjoy dengan kenikmatan yang terhidang yang tidak kekal ini..
kita juga dikurniakan kawan-kawan yang sentiasa menjadi cermin kita..
merekalah yang akan menegur kita apabila kita melakukan khilaf.
Itulah tujuan ciptaan mereka..

Namun,tidak semua kawan kita akan membawa kita ke sirotul mustaqim kan?
Jika begitu, kitalah yang perlu bimbing mereka dan mengajak mereka mengerjakan ibadah kepada Allah.. mungkin mereka ingin berubah, tapi tiada sokongan dan bimbingan untuk mereka teguh dengan impian mereka. Sebagai seorang teman, kita perlu selalu ada di sisi mereka dan berikan sokongan dan dorongan. Insya-Allah, sebagaimana hadis Nabi bersabda :-

Dari Abu Hurairah r.a  Nabi SAW bersabda :
“Barang siapa melepaskan seorang mukmin dari kesusahan hidup di dunia, niscaya Allah akan melepaskan darinya kesusahan di hari kiamat, barang siapa memudahkan urusan (mukmin) yang sulit nescaya Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan akhirat. Barang siapa menutup aib seorang muslim, maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat. Allah akan menolong seorang hamba, selama hamba itu sentiasa menolong saudaranya.” – Imam Muslim

Sahabat, rasa sedih sangat..rugi sangat..jika kita tidak bantu sesiapa sahaja yang perlukan pertolongan. Sedangkan kita mampu memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan pertolongan. 

KENANGAN DI SEMEKAR
nak tau 1 rahsia tak?
sebenarnya kan kirah bangga sangat dapat jadi kawan sahabat semua..
moga ukhuwah kita akan kekal selamanya dan mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T

Aamiin Ya Robbi

Thursday 15 August 2013

KAHWIN AWAL, PATUTKAH?


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.. 




Rasulullah s.a.w bersabda: Tiga perkara yang jangan dilambat-lambatkan, iaitu solat apabila telah masuk waktunya, jenazah apabila telah siap (urusan mandi dan kafan) dan anak gadis setelah ditemui (pasangan) yang sesuai untuknya. (H.R. Tirmidzi)







"Kahwin awal bukan satu masalah"


Mari lihat persoalan-persoalan yang selalu menerjah di kepala anak-anak muda yang fitrahnya terhalang atas sebab-sebab tertentu.

1. Kahwin waktu masih belajar, adakah tidak mengganggu pelajaran? 

Siapa cakap kahwin waktu sedang belajar mengganggu? Salah tanggapan tu. Sepatutnya, kahwin awal lebih memberi kita semangat yang membara. Yelah, sudah ada pasangan yang halal dan akan sentiasa menyokong kita, mesti la lagi bersemangat mau belajar kan? Lagi satu, orang yang sudah kahwin ni akan berasa lebih bertanggungjawab dari sebelum kahwin. Sebab mereka tahu bahawa mereka punya pasangan untuk dijaga, jadi mereka pun akan berusaha untuk buat yang terbaik bagi pasangan mereka. Apa-apa pun, tengok ibu bapa kita saja sebagai contoh. Sudah kahwin, tapi adakah mengganggu kerja mereka? Tidak kan?


2. Saya masih belajar, macam mana mahu bagi nafkah pada isteri kalau belum      ada kerja?


Saya tahu ramai antara kita yang masih belajar, dan ramai yang meminjam dapat elaun biasiswa. Saya beranggapan pasangan yang ingin dikahwini jugak masih study Jadi ia bermakna dua-dua masih dapat hidup dengan wang yang asas tu. Jadi, sementara masih belum ada kerja, suami berilah nafkah yang termampu kepada isteri. Mungkin $25 atau $50 sebulan? Bergantung kepada berapa banyak isteri gunakan untuk makan. Lagipun, isteri jugak ada wang, jadi tak perlu rasa ada masalah di situ. Yang penting dua-dua masih dapat hidup. Lain la kalau isteri demand kereta, rumah, rantai emas, baju berlambak-lambak, dan macam-macam lagi. Jadi, sepatutnya tiada masalah dalam bab nafkah. Cuba kita tengok orang Arab zaman Nabi dulu. Adakah kebanyakan daripada mereka orang berharta? Tidak. Mereka cuma mampu memberi isteri makan makanan setakat yang mereka mampu beri. Itu pun sudah mencukupi untuk dijadikan nafkah. Nabi tak larang pun orang miskin berkahwin. Jangan jadikan kekurangan wang sebagai penghalang perkahwinan. Itu namanya menyalahkan takdir Allah. Berdosa.

Firman Allah: Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui. (An-Nur:32)


3. Macam mana mahu cari modal untuk majlis perkahwinan?



Apa perkara asas dalam kahwin? Ya, akad nikah dan walimatul urus. Merisik dan bertunang tu bukan wajib pun. Jadi, potong kos seperti bagi hantaran waktu merisik dan bertunang, sudah jimat wang. Waktu akad nikah pun, jemputlah keluarga terdekat dengan kawan-kawan saja yang dapat datang. Berdosa bila tidak menghadiri jemputan walimatul urus. Jadi, jimat sikit kos kenduri. Buang wang saja sewa pelamin, sewa baju pengantin, sewa jurukamera dengan mak andam semua tu kerana ia termasuk dalam hal-hal yang sia-sia. Mas kahwin pun tidak perlu tinggi-tinggi kerana sebaik-baik magar adalah yang paling rendah. Mudah saja majlis perkahwinan dalam agama Islam. Tidak sampai puluh ribu pun.

Sabda Rasulullah s.a.w: Tiga golongan yang akan selalu diberi pertolongan oleh Allah ialah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah s.w.t, seorang penulis yang selalu memberi penawar dan seorang yang menikah demi menjaga kehormatan dirinya. (H.R. Thabrani)



4. Tidak terlalu awalkah untuk saya berkahwin?


Kalau rasa dengan kahwin boleh buat semangat untuk belajar semakin meningkat, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh buat diri semakin bersemangat dalam agama, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh elak daripada fitnah dan maksiat, kahwin la. Itu maksudnya, kahwin memang perlu di usia muda. Benda yang baik, jangan dilambatkan. Takut kelak bertukar menjadi benda yang tidak baik. Cuba bayangkan anda ada pasangan yang disukai. Kan bagus kita cepatkan benda yang baik dengan berkahwin terus. Tapi kalau kita melambatkan perkahwinan yang bagus itu, mungkin kita akan terjerumus ke lembaah maksiat. Kenapa kita boleh beralasan untuk melakukan perkara yang halal, tetapi tidak langsung mengemukakan alasan untuk melakukan perkara yang haram? Tanya diri, jagalah iman.


Sabda Rasulullah s.a.w: Apabila datang kepadamu seorang laki-laki untuk meminang, yang engkau redha terhadap agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah dia. Bila tidak engkau lakukan maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerosakan yang merata di muka bumi. 
(H.R. Tirmidzi dan Ahmad)





5. Bersediakah saya untuk kahwin awal?



Ini soalan paling bagus ditanya kepada diri sendiri. Tanya dulu soalan asas ni. Sudahkah saya solat penuh 5 kali sehari semalam? Bertanggungjawab sudahkah saya? Adakah saya panas baran atau penyabar? Adakah saya seorang yang bercakap menggunakan akal atau bertindak menggunakan akal di lutut? Pendek kata, ada banyak soalan spesifik yang boleh ditanya kepada diri sendiri. Walau apa pun jawapan dia, ini nasihat saya. Sentiasalah perbaiki diri dan mantapkan diri. Orang yang sudah berkahwin dan sedang belajar solat lebih baik berbanding orang yang sudah kahwin dan pandai solat tapi tidak amalkannya lepas kahwin. Orang yang bersedia mengubah dirinya adalah yang paling bersedia sebenarnya.


6. Macam mana dengan restu ibu bapa?


Ya, ini la benda paling susah bila mahu kahwin awal. Faktor penghalang paling utama. Kalau kita dapat menjelaskan dengan baik kepada ibu bapa dan mereka faham, insyaAllah tiada masalah untuk berkahwin awal. Tapi kalau ibu bapa kita susah mahu terima sebab fikiran mereka masih terikat dengan fikiran tipikal masyarakat Melayu sekarang ni yang lebih terpengaruh kepada adat dan cerekarama di tv semata-mata, serta pemikiran risau akan tak cukup wang nak sara anak dara orang, sudah tentu mereka tidak akan terima setiap hujah yang diberikan seperti di atas. Apa-apa pun, saya doakan yang terbaik untuk mereka yang mahu kahwin awal supaya cepat bertemu jodoh. Ingat, bila seseorang itu berkahwin kerana ingin mengikut sunnah Rasulullah, maka terbukalah segala pintu rezeki untuknya. Lihat, betapa banyaknya kelebihan kahwin awal. Fikiran kita yang sempit saja membuatkan kahwin ni nampak terlalu susah sangat.
Umar bin al-Khattab r.a telah berkata: Kahwinlah anak-anak kamu apabila sampai baligh, janganlah kamu menanggung dosa-dosa mereka. (Disebut oleh Ibnu Jauzi dalam Ahkam An-Nisa)
Nasihat saya untuk golongan-golongan yang sedang hangat bercinta tu, sebaiknya kahwinlah awal. Lebih banyak kelebihan kahwin awal berbanding kahwin lambat. Tapi semua itu pilihan masing-masing juga. Mudah-mudahan setiap pilihan yang kita buat adalah yang terbaik dan dirahmati Allah. InsyaAllah.


Rasulullah s.a.w bersabda: Siapa yang benci dengan cara hidup (sunnah) ku maka dia tidak termasuk golonganku.
 (H.R. Bukhari dan Muslim)



so,sesiapa yang sudah jumpa calon zauji/ah yang sesuai,kabo la kpd ibu bapa..

wallahua'lam..

salah dan silap harap dimaafkan :)


Monday 5 August 2013

PEMERGIANMU SANGAT DIRASAI

Kami berkenalan sejak tahun 2007,iaitu masa kami form 1 di smk agama arau.masa tu,km belajar dalam kelas yang sama,iaitu kelas 1 ali.. tahun tu, hanya kelas 1 ali ja yg campur pelajar laki dan perempuan. boleh kata,sempoi la kelas tu.. (Y)sepanjang saya kenal dengan dy,, dy mmg seorang sahabat yang baik, pemurah, murah dengan senyuman, ceria n mcm2 lagi benda yg boleh bg org happy.

TINGKATAN 1 (2007)

sahabatku ini dikenali sebagai qari smkaa.. tiap tahun dy akan menyertai pertandingan hari pendidikan Islam dan akan mengharumkan nama sekolah. Nasyid pun dy join gak. sebelum ni nama Munawwar,, tapi bila dah masuk form 6 dy dh jadi ahli UNITE.. iaitu geng nasyid keluaran agama arau jugak.

suara dy,,masha-Allah..tenang ja bila dengar.. tiap pagi, dy akan baca al-Quran di depan.. dy leader kami masa kami alunkan ayat-ayat suci kalam Allah itu.

TINGKATAN 4

 kami ditakdirkan sekelas jugak,iaitu kelas 4 othman. mmg dy jenis semangat. kalau boleh,,dy nak cepat ja.
cthnya. masa nak masuk makmal, dy akan pergi dulu.. pastu kami yg lewat ni apalagi,,kenalah denda dgn cikgu..huhu

pastu,, satu kelas mcm marah ar kat dy,. n bg warning,,kalau nk pergi makmal., p sekali.. biaq sepakat semua.. hihi (jahat gila masa ni)




TINGKATAN 6


masa ni kami mmg terkejut,,sbb kami dpt tau dy hadapi tekanan..
n kami selalu bg support dari belakang.. 

kalau dy ckp dengan kawan2,, mesti pasal gadget, x pun moto, x pun pasal nk sambung belajaq ke oversea..

dy mmg nk p sgt2 oversea.. siap tunjuk buku bank g kat kami, dy nk p luaq negara.. masa tu,, km mmg layan x layan ja apa yg dy cakap.. mungkin sbb dy selalu ckp benda yg sama,, so kami juz dengar ja... Astaghfirullahal'azim..(Ampunkan kami ya Allah)

hari2 dy akan masuk kelas kami.. ada ja yg dy nk kongsi dgn km.. sampai kami dh muak bila dy masuk kelas kami time cikgu xdak..

tapi, hari nii.. detik ini,, dy telah kembali ke rahmatullah,,...Innalillahi wainna ilaihi raji'un

xdak spa nk mai kelas kami menyembang pasal gadget2 dgn kami...

ouh..ak lupa!!

minggu last sekolah sbelum cuti,,.. 
dy ad bg kt ak hadiah birthday..
erm,, ak heran gak...

ak bukan laki,.tp dy bg ak beg duit yg gantung kt tali pinggang.. haha...
mcm lawak ja

tapi,ak x kisah..ak terima ja...
baru ak tau,,dy nk bg aku ingt dy bila dy dah xda.. :'(

pastu,, ak ada tanya dy pasal charger laptop...ak tnya harga ja,,.sbb masa tu charger ak hilang

tau2,,esok dy bawak 1 kotak,..dalam tu ad charger..mmg la charger tu x elok sgt,..ada salotep...tpi, ak nmpak usaha dy p cari kt ak..dy kata dy ambik kt sepupu dy yg kerja kt kedai laptop.. ouh,,sungguh ak terharu!!!!!

mmasa perpisahan ustaz yahya bin nayan..kan kami kena himpun sorang RM1,. dy masuk dlm kelas kami,, pastu dy sua(bg) duit not 50.. dy kata "nih, hang kira semua sekali, aku tolong bayaq"

mmg mulia hati dy,,kawan2 dy pun x taw dy tolong bayaq...

hari jumaat,,last sekolh,..hari khatam al-Quran..

pagi2 lagi dy ada masuk kelas kami... tau2 dy bagi kami 3 buah kitab Yasin n surah2 yg mcm ma'thurat la

kami heran pasaipa dy bg kitab2 tu..pastu,,kawan aku p la kelas dy,nk bg balik...
tapi,,masa bg tu dy mungkin dh balik kowt... erm,, kawan akutu kirim ja kat kawan dy..
#mungkin dy nk suruh kami bca yasin n surh2 dlm tu utk sedekahkan kt dy..mcm tau ja dy dh nk pergi tuk selamanya.. :'(


hari dy meninggal,,siang tu dy p la umah cikgu2.. minta maaf n ucap selamat hari raya ( info dari kawan2)


mungkin Allah bg dy seronok hari2 akhirnya..Alhamdulillah


dalam pukul 4.30 pagi.. 27 Ramadhan 1434H bersamaan 6 Ogos 2013.. kami semua digemparkan dy telah kembali ke rahmatullah.. sebab kematian ialah kemalangan jalan raya masa dy balik kampungnya di pendang,kedah. 

Allahuakbar3x.. nafas bagai tersekat di kerongkong...

semua suratan ni tlah ditetapkan oleh-Nya..

semoga arwah sahabatku,Muhammad Mursyid Bin Mahamad mendapat bahagia di alam sana dan ditempatkan bersama para solihin.. Aamiin Ya Robbi :)



al-Fatihah~

Saturday 13 July 2013

PUASA DATANG LAG!!!!!!

"Letihlah,dahagalah,laparlah,tak mau buat kerjalah,"
pernah dgr x rungutan2 sebegitu?? 

urm..kebiasaannya time bulan puasa ada ja kawan-kawan or sapa2 jelah yg akn merungut mcm tu kan?

tapi, bolehkah kita merungut?

ikhlaskah kita berpuasa?
or kita ikut orang ja?


sebenarnya jika kita merungut sebegitu sama jgk dgn kita berpuasa hanya semata-mata kita tgk org lain puasa

yaka?

kalau kita ikhlas berpuasa mesti kita akn cuba utk bersabar dan blh laluinya tanpa mengeluh or sebagainya..

insya-Allah

mcmna plk kalau puasa semata-mata untuk dpt upah?

hal mcmni biasanya berlaku kpd bdk2 yg baru nk belajar puasa.. btul tak?

saya sendiri pernah ada pengalaman mcm ni.. 

Dulu masa saya msh d sekolah rendah, mak saya akan bg upah, sehari puasa akn dpt RM1
kalau puasa sebulan dptlah Rm30.. dulu kan masih budak2., best kowt dpt duit raya byk2 ^_^
bila tiba raya ja, mesti duit raya saya pling byk..YAHOO!! mmg bestlah dulu-2

tp, alhamdulillah skrg dah matang, nawaitu pun dh tukar.

puasa lillahi ta'ala


RAMADHAN jangan pergi !!!!!




"SEMOGA PUASA KITA TAHUN INI BUKANLAH PUASA TERAKHIR KITA
SEMOGA ALLAH MENERIMA SETIAP AMALAN YANG KITA LAKUKAN TAHUN INI"

Wednesday 5 June 2013

SEIRING SEHALUAN

                                                                                                              
ASSALAMUALAIKUM WBT :)


SEIRING KITA MELANGKAH
SEHALUAN KITA BERSAMA !!!

Video ni mula-mula  kyrah try buat., sebelum ni dah try upload, tapi tak boleh,. tak tau lah apa masalahnya. Pastu,kyrah pun edit punya edit, yeay !! Dah berjaya.. Apa ni ? dah berjaya, bukan kata yeay la..tapi ALHAMDULILLAH~
 haha.. padan muka!!

Biasalah manusia, takkan lari daripada melakukan kesilapan kan?
Sebab tu la kita perlu saling mengingati antara 1 sama lain, agar boleh masuk syurga sama-sama, Insya-Allah,. AAMIIN..

ok, berbalik pada video ni, masih dengan kawan-2 pra-u kyrah.. maaf ye kawan-2 yg lain, kyrah tak sempat lagi nak buat video dengan korang semua. Nanti bila free,kyrah buat k.!! Cuti sekolah pun hanya tinggai empat hari ja lagi., huhu..(sedihnyaaa).. dah nak kena balik hostel,. OH MAN!!! 

Tau tak lagu kenapa kyrah letak lagu seiring sehaluan(UNIC) ni,??
This is because.. lagu ni lagu tema persahabatan kami 9 sekawan. Dan lagu ni membawa maksud yang sangat mendalam buat kami 9. Bila kyrah dengar je lagu ni, autokatik punyalah kyrah akan bayangkan muka sahabat-sahabat kyrah ni.. Pelik kan? tapi itulah namanya persahabatan.. INDAHNYAAAA!!

Seronokkan ada ramai kawan? macam-macam kita boleh share, tapi ingat!!! Kawan kita kena letak nombor 4 k!! kenapa bukan nombor 1??
Sebabnya :-

1)Allah Ta'ala iaitu Pencipta Sekalian alam
2) Nabi dan Rasul
3)Ibu bapa dan keluarga
4)kawan-kawan

 Betul ke tak?

tapi, ini la yg kyrah tau,..hihi(kalau salah minta maaf la ye)

#Semoga sahabat-sahabat kyrah semua hayati lagu ni betul-2 ye!!

      ツ tiada apa yg boleh kyrah bagi kat ampa semua melainkan iringan doa selepas solat..

biarpun berbeza bentuk , perangai, namun saling mengambil berat antara 1sama lain




kalau kyrah tak dapat jadi seperti ciri-ciri di atas, kyrah harap ampa semua dapat membawa kyrah bersama-sama menuju jannah Allah


kata-kata ni kyrah ambil dari seorang kawan indonesia..harap kalian faham ye!!
Tidak ada yang lebih menyakitkan daripada menyakiti seorang sahabat………
…….tidak ada yang lebih menyembuhkan daripada dimaafkan seorang sahabat
Dengan sahabat lama anda bisa mengingat masa muda tanpa mencoba mencarinya kembali
Sahabat adalah bagian terbaik dari diri kita sendiri

Sunday 2 June 2013

TIADA LAFAZ SEINDAH ALHAMDULILLAH

ASSALAMUALAIKUMU WARAHMATULLAHI WABARAKATUH :)
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..


Allah memiliki segala yang ada di langit dan di bumi termasuklah diri kita. Kita adalah milik Allah sepenuhnya dan begitu juga segala apa yang kita miliki pada hari ini.
Oleh itu,  adalah menjadi satu tanggungjawab kepada kita untuk bersyukur kepada Allah atas segala nikmat yang kita perolehi. Sudah tentu nikmat yang kita perolehi terlalu banyak sehingga kita sendiri tidak mampu menghitungnya. 


Cukuplah sekiranya kita bayangkan bagaimana jika matahari terus menerus memancarkan cahayanya sepanjang hari tidak kira siang mahupun malam? Sudah pasti ketika itu tiada kehidupan yang dapat bertahan hidup di atas muka bumi ini termasuklah manusia.

Allah berfirman dalam surah Qasas ayat 72 yang bermaksud:


"Katakanlah lagi: "Bagaimanakah fikiran kamu jika Allah menjadikan siang kepada kamu selama-  lamanya hingga ke hari kiamat. 


Allah berfirman dalam surah Az-Zariat ayat 20-23 yang bermaksud: "Di bumi terdapat tanda-tanda kebesaran Allah bagi orang yang yakin. Dan di dalam diri kamu, apakah kamu tidak melihatnya. Dan di langit rezeki kamu dan apa yang dijanjikan kepada kamu".

(Ini semua adalah nikmat yang berkaitan dengan hidup dan 
mati kita.)

Bagaimana pula nikmat yang Allah kurniakan untuk memberi kesenangan kepada kita seperti anggota badan yang sempurna, kenderaan yang baik dan rumah yang selesa?. Tidakkah kita patut bersyukur dengan segala nikmat yang telah dikurniakan itu? 

Sekiranya kita bersyukur sudah pasti Allah akan menambahkan nikmat-Nya sebagaimana firman-Nya dalam surah Ibrahim ayat 7 yang bermaksud: "Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhan kamu memberitahu kepada kamu, sekiranya kita bersyukur Aku akan menambahkan (nikmat-Ku) kepada kamu tetapi sekiranya kamu mengingkari (nikmat-Ku) maka sesungguhnya azab-Ku sungguh pedih".


ALLAHUAKBAR !!!

Lagi 1 kita kena ingat,apabila kita bersyukur kepada Allah, Allah akan tambah nikmat kepada kita, dan jika kita tidak bersyukur, Allah akan tarik segala nikmat yang telah diberikan..

wal'iyazubillah.,

p/s dari kyrah => semoga kita menjadi hamba ALLAH yang bersyukur ^__^


"AAMIIN YA RABBAL 'ALAMIN"

Saturday 1 June 2013

Minat @ Hobi...

Erm, korang ada minat tak?
tak tau ke apa tu minat?
ishk3.. meh nak describe serba ckit pasal minat..
oke.. minat tu sejenis binatang yg sgt baik, cerdik,cantik.. blablablabla..(eh,apa ko mengarot ni hah kyrah?)
ok..serius2, minat ni sesuatu yang korang suka or senang hati bila korang boring.. Erm, faham tak niy?
Aiyoo.. kalau tak faham, try ar search kt google.. confirm jumpa punyaa!!

Sekarang ni kyrah nak cita pasal minat kyrah., kau tau ke?
haha.. minat yg pertama ialah kyrah minat sangat nak jadi heroin dalam novel.. (sesuatu yang sgt-2 mustahil)
tapi,apa salahnya minat aku, ko peduli apa?  kalau macam ni la gayanya, kyrah kena karang novel sendiri la jawabnya.. huhU,. 

oke-2. kedua kyrah minat sangat tengok tv.. tak semua cita kyrah minat k!! cita yg plg minat opkos la cita romantik,, hee.. xmao la yg over sgt(meluatt plak rasa hati).. erm, cita indon pun kyrah suka layan walaupun episodnya panjanggggg yg amat!! haha.. cita english pun suka,,tambah2 yg ada lawan2..WAH, gempak kowt!!

tapi, tu semua kalau nak dibandingkan dgn cita hindustan. Oh My God!! feeling habesss~

fb? urm.. sgt2 suka,. tambah-2 sekarang ni tgh cuti sekolH plak.. fulamakkk ~
tolak time solat,makan, tidoq, main, kuar jalan, selebihnya hanya berFB... teruknyaaaa kamu!!!!! Tapi, itulah diri kyrah.. kyrah kurang suka kuar rumah,. bukan apa, nak jaga kulit.. haha..OVER NGAT AIH!!
tak da la nak jaga kulit, sbb kawan2 kirah dok jauh, pastu nak kuar dgn diorang kena g pekan. Dah la lesen tak dak lagi (waduhh,,malunya!!)


Sebenaqnya, kyrah suka layan music.. Best,. tambah-2 jiwang.. Fulamakkk!!  meleleh air mata~
nak tau tak,dari kyrah darjah 2,,. umur 8 tahun,, kyrah minat sgt lagu kumpulan SPIN... tak tau la apa yang menarik sgt pasal SPIN.. hingga sekarang kowt kalau korang nak tau. Walaupun arwah achik SPIN dah tak dak, namun kyrah selalu layan lagu  diorang.. Memori Berkasih, Gurauan Berkasih, Resepi Berkasih, Mainan Cinta, n byk lagi lah lagu diorang yg best2.. 

Erm, apa lagi ye yg nak dikongsi?
hah..lupa nak gitow, hobi kyrah yg ni pelik taw.. nak tau tak apa dye?
jeng jeng jeng~

kyrah sgt suka usik orang.. tak kira la orang tu family ka, kawan2 ka, erm.. malah orang yang kyrah tak kenal pun suka usik gak.. haha.. best sgt!!!

itulah minat yg dpt dikongsikan ;) 

sesungguhnya yg buruk itu dtg dari kelemahan dri kyrah sendiri..
dan yg baik itu kyrah sandarkan kpd pencipta kita,Allah Ta'ala

"SAHABAT YANG KYRAH CINTA KERANA ALLAH"

Assalamualaikum wbt :-)

Bismillahirrahmanirrahim..

Sahabat @ Kawan? siapa mereka?


Kyrah nak kongsi dgn antum semua.. Istilah kawan tak sama dengan istilah sahabat.
Kenapa ye?? ..

Sebabnya kawan menunjukkan istilah seseorang yg boleh berkongsi lbh dari satu perkara spt minat, hobi, perasaan, perjuangan dan sebagainya. Kawan juga ialah orang yang sering berinteraksi dgn kita.

Sahabat ialah seorang yang setiakawan, boleh membantu apabila kita berada di dalam kesusahan, meredakan kesedihan ,menghilangkan kebimbangan dan sanggup berjuang demi kebaikan kita. Sahabat adalah orang yang mampu menyimpan rahsia dan keaiban kita. Mereka akan sentiasa melindungi kita.

Kyrah pun ada sahabat dan kawan. Kyrah sangat sayangkan diorang. Dalam ramai-2 kawan kirah, yang paling kyrah rapat ialah Afifah, Shahirah, Syazana, Widad, Ayue, Fareeha, Ekah, Bahiyyah, Hayati,Wanie, Nik,Aimie, dan Eeha. Diorang ni yg paling kyrah rapat dan senangi. Tapi,,kawan2 yg laen pun kyrah sayangggggg k!! 

Pic niy kami snap time raya 2012 ^_^

Hidup kyrah tak akan lengkap tanpa diorang. Kau ada di kala ku suka, di kala ku duka.. Aiwahh.. jadi najwa latip sat.. hehe. 





"1000 teman datang saat kamu tertawa

Tapi seorang sahabat akan datang saat kamu berderai air mata."







My life in form 6

Assalamualaikum wbt~

Ramai org tanya kepada kyrah mcmana belajar form6?Ana nak jawab apa ye?? urm.. hentam je laa.. tapi, kyrah selalu jawab macam ni "erm,bolehla. Form 6 niy sama mcm masuk matrik, asasi, n diploma. Cuma form 6 kena belajar di sekolah, n kena pakai uniform sekolah, tak seperti belajar di matrik n universiti yang bebas dalam berpakaian."
Pastu, diorang akan kata mcm ni "eiy, bosanlah pakai baju sekolah. Poyo laa!" n mcm-2 lagi kyrah dengar. Memang la, tak kan la nak pakai baju bebas pulak, satgi pelajar yang lain ingat cikgu-2 baru pulak.. Hihi.Tapi, yang BESTnya form 6 nih, kita akan selalu berinteraksi dengan cikgu-2. Secara tak langsung, hubungan kita akan lebih akrab berbanding dengan pelajar yang laen.. kan2 ??
Sistem stpm sekarang tak sama dgn sistem dulu-2.Now, kami ikut sistem semester, lebih kurang mcm u jugak (fuyyoo!!). so, mudah balik la.. sebab belajar 5 bulan, pastu exam. pastu belajar bab lain pulak utk sem seterusnya.. Sekarang kyrah tinggal lagi 1 sem (yippy). Erm, kyrah nak gitow kat cniy, form 6 nih sentiasa busy. Biasa la, kena buat PBS la,. pastu,, kena join event-2 yang sekolah anjurkan. Tapi, takpa.. ada seorang ustazah ni pernah cakap kt kyrah. Lebih kurang mcm ni la dy cakap "Syakirah, kamu jgn risau, kalau kamu tak sempat study sebab tolong cikgu @ buat kebajikan, Allah akan beri ganjaran yang cukup besar dan mudah-mudahan Allah membantu kamu ketika jawab peperiksaan nanti ". Pastu, tiba-2 ana rasa seperti 1 aura masuk dlm jiwa kyrah..Alhamdulillah,!! form 6 ialah pilihan yang paling tepat~

"ALHAMDULILLAH, PENGALAMAN MENDEWASAKAN KYRAH"

So,kyrah harap sesiapa yang masih pening nak sambung belajar mana,. masuklah form 6. 
Mudah,cepat dan BEST

REUNION SEMEKAR 0711

Assalamualaikum wbt :-)


Ini gambar semua yang hadir masa reunion~


niy pulak gambar nahnu semasa sesi menjamu selera di kantin :)





This is muslimin photo.. that's all my friends :)




Alhamdulillah..


Setelah sekian lama tak berjumpa dengan kawan2, akhirnya terubat juga rindu di hati niy (aicewahh !!). Bukan apa, diorang semua sambung belajar jauh-2, ana je stay di sekolah tue. Sokey la, sebab belajar kat mana pun takpa,. Janji ilmu dipraktikkan! hehe. Oke, berbalik pasal reunion baru nih, tak ramai pun yang datang. Tengok je la gambar ni, sikit kan? Sedihnyaaa tak leh jumpa semua. 
Mungkin tak da rezqi jumpa kali niy.

Kyrah hope sangat pasniy ada lagi reunion antara kita :-) 
Dengan cara ni ja kita dapat utuhkan lagi ukhuwah persahabatan, ya dak? 

Sahabat-sahabat yang kyrah sayangi kerana Allah Ta'ala., niy kirah ada kata-kata nak bagi kat korang :-

baca nah !!

"TIADA UNGKAPAN PERPISAHAN DALAM PERSAHABATANWALAUPUN MAUT MENJADI NOKTAH.. INI KERANA SEORANG SAHABAT TERLALU ISTIMEWA DALAM DOA SAHABATNYA YANG LAIN WALAUPUN TANPA BAYANGNYA.."

UKHUWAH FILLAH


VIO BERSAMA RAKAN PRA-U ^_^

  Assalamualaikum.. 

Video ni kyrah buat special utk kawan-2 pra-u kyrah. Kyrah sayang ampa semua sangat-2. Tahun ni last kita d sekolah tuh,. So,kyrah hope korang semua tak lupakan kyrah soon !! 




Waktu ni kyrah baru ja beli laptop..pakat nak try guna webcam,. hehe

"i love u alls"

Ta'arruf empunya blogger :-)

Assalamualaikum wbt :)

Ahlan Wasahlan ke blog Seanggun Bidadari Firdausi.

syukur alhamdulillah kita masih dapat bernafas pada hari ini. Syukur juga kerana Allah masih memberi kita pinjaman nikmat terbesar iaitu nikmat Iman & Islam . Tak semua orang boleh menikmati nikmat yang tak ternilai ini.
Sebelum antum mengembara lebih jauh mengenai blog ini, kenalilah pemilik blog ini :-)
Ismi Nur Syakirah Binti Idris, Askunu fi Arau (anak jati Perlis). Tahun ini, umur ana 19 tahun (muda lagi dan masih banyak yang ana belum terokai dalam mencari makna kehidupan). Ana merupakan anak bongsu dalam family. Alhamdulillah, walaupun ayah telah lama meninggalkan dunia fana ini, ana masih memiliki seorang ibu dan abang yang sangat ana cintai. 

Hobi ? Ana sangat suka membaca novel. Ana sanggup berhabis wang dan sanggup tak makan demi membeli    novel. Dah lama dah tabiat ni semenjak ana mula-2 jejakkan kaki ke alam sekolah menengah. Ana tidaklah selalu membeli novel, dalam setahun hanya 3 buah novel ana beli. Ana beruntung sangat sebab kawan-2 ana pun mempunya habit yang sama. So,kami akan saling menukar novel apabila tiba cuti sekolah. Baguskan kawan ana?? 

Sebelum niy,ana punyalah berminat nak jadi novelis terkenal. Tapi, baru je karang novel,tau-2 laptop rosak. Hampeh !! Bukannya sikit ana karang, dah masuk bab 20 dah. Mula lepas tu,ana tak mau jadi novelis dah. Punyalah frust~

 And now, ana berminat jadi pendidik ja. Ana suka dengan suasana sekolah. Doakan ana ye! Lagipun, kalau jadi pendidik, bolehla tabur bakti kepada anak bangsa. Cuti tahunan pun banyak. Hihihi.. Niat dah terpesong tuh.. Astaghfirullah hal 'azimm. 
ok la,, ana rasa itu aja yang ana boleh kongsikan mengenai ana,.

ana hanyalah insan yang masih mencari ilmu.. 

segala kekurangan berpunca dari kelemahan diri ana sendiri yang selebihnya ana sandarkan kepada Allah Ta'ala :)


Ok., that's all about me!!