Sunday, 19 October 2014

CinTa hAtiKu...

Bismillah wassalamualaikum wbt....

rasa macam nak upload blog je sekarang..
sebenarnya, bila on je lappy,terus bukak album pictures...
then,terimbau la kembali kenangan-kenangan dengan family, kawan-kawan,dan paling rindu mestilah masa zaman sekolah... Mashaa-Allah, bestnyaaa!

Sekolah rendah, tak rasa sangat, tapi tetap best,,
tapi bila masuk sekolah menengah, semua dah berubah, termasuk cara pakaian, pergaulan, pertuturan, dan segala per.... lagilaa..


Sebab apa boleh jadi macam ni? kena hipnosis kah?
mana adelah,. semuanya berlaku atas dasar kematangan dan kebijaksanaan seseorang. 
macam dalam satu lagu tuh,kyrah ubah sikit eh..

AKU YANG DULU BUKANLAH YANG SEKARANG...DULU KUJAHIL SEKARANG ALHAMDULILLAH  BERSYUKURLAH PADA YANG MAHA KUASAMEMBERI KU JALAN YANG BENAR...
Yaa, macam tulah, kita berubah sebab yang pertama ialah ilmu. Semakin bertambah ilmu kita,semakin bijak kita menentukan jalan mana yang hendak kita pilih.. betul tak?
kalau kita rasa jalan tu tak elok untuk kita, so jangan pilih jalan tersebut..
tapi, tak semua macam tu kan,
tamsilnya, kita tahu je couple sebelum nikah itu haram.. tak kisahla belajar sekolah agama ke, pondok ke, sekolah harian biasa ke, semua akan terdedah dengan statement macam tu, sebab apa? sebab kita orang Islam kan? hari-hari baca Al-Quran, dan dalam Al-Quran pun ada melarang kita daripada bercouple.. ke tak perasan? ok, check semula ayat Al-Quran dari Surah Al-Isra' ayat 32

ok,dah jumpe? cuba kita fahami maksudnya sedalam-dalamnya..
JANGAN KAMU MENGHAMPIRI ZINA
Zina tu macamana ye?
bukanlah melakukan ye, tapi menghampiri.. fahamkan dulu
Sedangkan menghampirinya pun sudah dilarang, apatah lagi melakukannya..
wal'iyazubillahiminzalik... moga kita dijauhkan ye sahabat-sahabat :')

Rasulullah SAW pernah bersabda :

"Kecintaan kamu kepada sesuatu boleh membuatkan kamu buta dan tuli"
(Riwayat Ahmad)

Saat cinta sedang hangat membuai jiwa, saat itulah hati kita akan menjadi raja kepada seluruh anggota badan kita..
raja? macamana tu?

yelaa..hati mengarahkan tangan kita untuk berbalas sms, bersentuhan dengan kekasih hati
hati juga mengarahkan mata untuk sentiasa memerhati cinta hati setiap masa sehingga LUPA kepada Allah..Astaghfirullahal'azim
selain itu, hati juga mengarahkan kaki untuk melangkah ke tempat-tempat maksiat, semata-mata nak berdua-duaan dengan pujaan hati..

dan macam-macma lagi anggota yang bergerak mengikut kata hati..
dan saat itu, syaitan mula menguasai akal dan tindak-tanduk kita. 
pada awalnya cinta menjadi fitrah, akan berubah menjadi FITNAH !!!

~Wallahua'lam bissowab~



Dahulu dan sekarang. TIADA BEZA!

Bismillahirrohmaanirrohiim..
assalamualaikum wbt sahaabt-sahabat yg kyrah sayang kerana Allah..
Apa khabar iman dan amal sahabat hari ini? sudah pastilah bertambah dan baik kan? Inshaa-Allah..
Alhamdulillah thummalhamdulillah...

Sebab apa lama tak update blog?
Sejak sambung belajar, kyrah memang kurang masa untuk mengupdate blog, mungkin sebab kekangan waktu, dan yang paling wajar ialah internet problem there!.. Mashaa-Allah, agak menguji kesabaran bagi seorang student kalau nak buat kerja tanpa perkhidmatan internet kan? ke tidak?

Urm,malam ni kyrah rindu nak update blog, rindu nak share dengan sahabat-sahabat disini.
Alang-alang sekarang ada di 'rumahku syurgaku', kyrah gunakan kesempatan 'wifi' untuk ber blog.. Yeay...

Sebenarnya banyak nak cita, tapi inshaa-Allah, kyrah pilih yang betul-betul penting la ek..
Maklumlah, blog ni pun dah macam diary dah kyrah tengok. Semua nak diceritakan. Mashaa-Allah, harap takda yang kisah. >,<


"Jika niat kita baik, inshaa-Allah Allah akan mudahkan"

Kehidupan sekarang semakin takda beza dengan kehidupan semasa zaman jahiliyah. Siapa rasa macam tu? ke kyrah je? ok la, whatever. Sebabnya kyrah bukan cakap tanpa bukti. Jangan kata diluar negara,di Malaysia pun dah banyak ciri-ciri jahiliyah. Apa ye?
 Banyak sangat, tamsil yang kyrah boleh bagi ialah pembuangan anak. Na'uzubillahiminzalik.. Sedih dan hiba ja bila dengar perbualan pasal isu ini. Bukanlah bangsa lain yang lakukan perbuatan terkutuk ini, mostly orang Melayu. ok,nak marah kyrah,silakan.But,its FACT! 

Mana pergi bangsa lain? tak nampak lagi ka bangsa mana yang maju sekarang? Bukan orang Islam, bukan orang Melayu. Tapi bangsa lain, Cina terutamanya. Mana pergi orang Melayu yang suatu ketika dahulu sangat tinggi di mata masyarakat? Allahuakbar,, Alangkah sedihnya jika kita tidak mampu nak naikkan balik nama Islam.. Malunya aku padamu Ya Rasulullah..

Dalam kesayupan malam yang sangat hening ini, kyrah sangatlah mohon agar Allah tetapkan hati dan iman kita, juga tambahkan ilmu ke dalam dada kita. Let us change the world, NOT world change us! 
Inshaa-Allah...

>Allahumma Aamiin<


ربَّنا لا تزغ قلوبنا بعد إذهديتنا وهب لنا من لدنك رحمة إنَّك انتَ الوهَّاب