Wednesday 10 January 2018

Pelangi hati

Haiiii,, Assalamulaikum semua J
Moga semua happy2 je. Taknak sedih2.
Sekian lama tak up story. Komitmen sebagai pelajar lebih diutamakan. Acewah. Sem last kan. So, terpaksalah kasi extra focus pada yang lebih penting. Tapi, still nak kongsi di sini apa “pelangi hati” kali ni.

Tipulah kiranya kita tidak ada hal-hal indah yang terjadi dalam hidup kita.  Banyak hal indah yang boleh kita nampak. Bila berjaya dalam hidup, bila spend time dengan family dan bila kita selalu dikelilingi insan-insan positif dan sayangkan diri kita. Alhamdulillah.

10.01.2018: Kolej Kediaman Nilam Court, Nilai Impian.
Dikala sendiri, aku memang suka throwback. Dan paling suka confess dekat diary or blog. Lain orang, lain hobi kan. So, just do what u want okay :D
Mana ada yang bermula dengan kemanisan. Sedangkan untuk melihat pelangi yang indah pun, Allah hadirkan sebelumnya guruh, kilat sabung menyabung, juga curahan air hujan kepada kita.  

Begitulah hakikat hidup kita. Mungkin, sepanjang perjalanan hidup selama hampir 24 tahun ni, membuka mata aku untuk melihat sekeliling.. Pahit getir, masam manis, ya semuanya..

Insan-insan yang hadir dalam hidup ini juga pelbagai jenis. Ada yang singgah untuk memberi pengajaran. Ada yang singgah untuk menumpang kasih sayang. Ada yang singgah untuk berkongsi kebahagiaan. Alhamdulillah. Semuanya Allah dah susun cantik.

Hargailah mereka sebelum tinggal bayangan. 
Hargailah mereka sebelum ditinggalkan pergi..
Sahabat, moga kita kan bertemu lagi..
Terima kasih Allah, hadirkan mereka dalam hidupku.