Bismillahirrohmaanirrohiim…
Assalamualaikum wbt J
Alhamdulillah..syukur ke hadrat Ilahi kerana masih mengizinkan
kita untuk bernafas pada hari ini..
Sahabat, ramai antara kita pernah gagal dalam hidupnya. Tak
kisahlah gagal dalam peperiksaan ke, dalam persahabatan, dalam percintaan,
dalam rumahtangga, dan macam-macam lagi bentuk kegagalan yang tak mampu untuk
saya senaraikan di entry ini.
Pernah tak kita terfikir, kenapa kita gagal ? Walhal kita sudah
lakukan sehabis baik untuk berjaya dalam hidup kita.
Sebenarnya, terselit berbagai hikmah yang ingin Allah ‘hadiahkan’
kepada kita.
Kadang-kadang kita tak sedar, apa yang kita lakukan sepanjang kita
jalani hidup di atas muka bumi Allah ini.. Berapa banyak peratusan amalan
kebaikan dan keburukan yang kita lakukan
? Tak tergambar sebenarnya dalam kotak pemikiran saya.. Na’uzubillahiminzalik!
Sahabat,, menyesalkah kita jika pada hari ini kita gagal dalam
percintaan?
menyesalkah kita jika hari ini Allah takdirkan kita berpisah
dengan kekasih hati kita?
Mashaa-Allah, mana lagi penting dari mencapai keredhaan Allah
SWT ???
Tinggalkanlah dia! Tinggalkanlah dia! Tinggalkanlah dia!
Tiada guna andai kita terus melakukan maksiat dimuka bumi ini
sahabat..
Suatu saat nanti, Allah akan hadirkan seseorang yang layak untuk
kita cintai selain saudara kita..siapa itu sahabat? itulah pasangan yang akan
bersama dengan kita menuju syurga Ilahi..Inshaa-Allah, Allahumma Aamiin..
Sahabat, jika hari ni kita gagal dalam peperiksaan..jangan
berputus asa!
mungkin Allah ingin jadikan kita seorang yang sabar,dan sentiasa
memohon doa kepada-Nya..
Dia rindu untuk mendengar rintihan dan rayuan dari hamba-Nya..
Bersujudlah! Berdoalah! Yakinlah dengan ketentuan Allah!
Sahabat, beruntungnya andai kita terpilih oleh Allah untuk menjalani ujian-ujian dari-Nya.. Itu tandanya Allah sayangkan kepada hamba-Nya..
ingat!
“UJIAN TANDA SAYANG”
***semak semula hubungan kita
dengan-Nya andai suatu saat kita tidak diuji oleh-Nya…
Allahua’lam Bissowab
wassalamualaikum wbt