Tuesday, 31 March 2015

Hidayah pada aku..

     بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, syukur ke hadrat IlAHI atas segala yang kita rasai selama ini. Tak terucap banyaknya limpahan rahmat serta kasih-Nya Allah SWT kepada hamba-hambaNya. Sudahkah kita laksanakan kewajipan kita sebagai hambaNya? perkara wajib? sunat? bagaimana pula dengan kemungkaran yang kita lakukan pada setiap hari? dah tinggal belum? ke kian ‘menjadi’ dari hari ke hari? wal’iyazubillahiminzalik…

Moga iman kita kian utuh pada saat ini. Jiwa kita makin dekat dengan Ilahi. Dan sanubari kita seindah para sahabat yang sangat cintakan agama dan semestinya Allah SWT. Inshaa-Allah.
Hidayah Allah datang tak kira sapa dan di mana. Dan sangatlah beruntung mereka yang dipilih oleh Allah sebagai penerima hidayah.
Apa tanda-tanda seseorang yang peroleh hidayah daripada Allah ‘Azza wajall?

Antaranya ialah :-
     # Takut untuk melakukan kesilapan lalu kerana seolah diri sedang diperhati (percaya Allah itu Maha Melihat Lagi Maha Mengetahui).
  # Berasa tenang apabila melihat ciptaan Allah (memuji kebesaranNya).
     #  Tidak tertarik dengan kemewahan duniawi yang sifatnya sementara.
       #Sentiasa ingin berdamping dengan para ilmuwan.(menganggap diri jahil dari pelbagai sudut).

       Banyak sebenarnya tanda-tanda hidayah Allah sampai kepada seseorang. Sayang seribu kali sayang, masih ada manusia yang sombong lantas mengabaikan hidayah itu. Kenapa? Masih belum cukup menikmati kelazatan hidup di dunia. Mungkin ingin menjadi seseorang yang berkuasa dan mampu melakukan apa sahaja yang diingini dalam hidupnya. Macam tu ke? Habis tu bila nak ingat MATI? Bila pulak nak cari bekal untuk kehidupan di akhirat kelak? Dalam kubur kelak, nak jawab apa pada pertanyaan-pertanyaan malaikat munkar & nakir? Ingat boleh sogok dengan wang? Allahu Robbi.

Kita tak dapat lakukan semua itu. Sahabat, segalanya amalan kita di dunia  yang menjawab...

Ya betul, sudah lama soalan-soalan yang akan ditanya oleh para malaikat kita tahu..
contohnya :-
Siapa Tuhan kamu?
Siapa nabi kamu?
Apa agamamu?
Ke mana kiblatmu?
Apa peganganmu?

Mudahkan nak jawab? siap dah cari  huraian sepanjang 2 muka surat nak jawab. Mulut   kita ke yang jawab nanti? masa tu, amalan dan kebaikan yang akan kita bawa. Ingat!

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara : sedekah jariah,atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."
(Hadith Sahih - Riwayat Muslim dan lain-lainnya)

Akhir kalam, ingin saya menyeru diri saya sendiri dan sahabat agar lakukan penghijrahan yang boleh mendekatkan lagi diri kita kepada Islam. Tak banyak yang perlu kita lakukan, jauhi kemungkaran dan dekati kebaikan. Amalan wajib kita penuhi, tampung semula yang sudah terobek dengan amalan-amalan sunat. Inshaa-Allah, kita akan merasai kemanisan Iman dalam Islam.


SELAMAT BERISTIQOMAH  ^__________^