salam jumuah mubarokah kalian semua ^_^
moga kita semua terpelihara dari mara bahaya dan kejahatan nafsu duniawi..
tabarokallah...
pertama-tama marilah kita bersyukur ke hadrat Ilahi atas nikmat yang diberi dan kita nikmati sekarang ni dan sama-sama berselawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW..
"Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad, wa 'ala alihi wasohbihi wabarik wasallim"
Mungkin kita pernah dan sedang merasai kebahagiaan kehidupan. Namun,dalam masa yang sama,ada saudara kita yang menderita dan dalam kesusahan pada masa ini. sama-sama kita bantu dan ringankan beban saudara kita yang terlibat dalam musibah banjir dan seumpama dengannya.
"Jika kita memudahkan urusan orang lain, maka Allah Ta'ala akan mudahkan urusan-urusan kita"...
mashaa-Allah,. andai kita tidak berupaya nak membantu mereka dengan wang ringgit atau harta benda, bantuan doa dan tenaga juga sudah mencukupi. Inshaa-Allah,bantuan yang sedikit itu juga sudah besar pada pandangan Allah SWT.
Sebenarnya, coretan hari ini berkisar tentang hubungan persahabatan. Setiap dari kita pasti mempunyai sahabat kan? kalau tak ramai pun, paling kurang akan ada seorang sahabat yang selalu dekat dengan kita. Dan yang paling penting, adakah kita bersatu hati dengan sahabat kita?
Tanyalah diri kita duhai sahabat. Tak perlu lihat persengketaan orang lain. Jawapan ada pada diri kita. Jika kita tidak bersefahaman ataupun ada krisis dengan sahabat kita, puncanya dari apa sebenarnya? ada yang bermasam muka hanya sebab rebut teman lelaki (ada tapi tak semua),, lagi? ada yang bermasam muka sebab kawannya dapat result yang bagus lagi dari dia..ada yang tak puas hati sebab kawannya selalu peroleh apa yang dia hajati.. dan ada yang tak puas hati jika sahabat merahsiakan sesuatu dari dirinya..maklumlah,sahabat dunia akhirat. Takda rahsia antara satu sama lain (kononnya)...
Pernah tak terlintas di fikiran kita, kenapa setiap orang punya kelebihan dan kekurangan pada diri dia? kenapa Allah tak jadikan kita semua bijak, kita semua cantik, kita semua hebat. kenapa ya?
berbalik kepada soalan ini, mari kita renungkan makna dari ayat Allah dalam
Surah Al Israa’ ayat 70:
Manusia diberikan kelebihan yang sempurna seperti yang dijelaskan atas kebanyakan makhluk yang telah Kami ciptakan.
dan "sebaik-baik kejadian ialah manusia"..siapa? kitalah duhai saudaraku..
cuba kita tengok, makhluk lain.. pokok misalnya, hidupkan..tapi boleh tak pokok itu nak pergi shopping macam manusia, boleh pergi sekolah,ketawa dengan kawan-kawan? tak boleh. kenapa? kerana pokok tugasnya untuk memakmurkan bumi dengan kehijauannya dan memberi teduhan kepada makhluk bumi yang lain.
Kita juga sebagai manusia ada tanggungjawab yang besar diamanahkan kepada kita sejak dari kaum Bani Adam lagi.. iaitu sebagai khalifah Allah yang diperintahkan untuk memelihara bumi dan segala makhluknya serta menurut segala perintah Allah 'Azza wa jalla.
Jadi, setiap kelemahan dan kelebihan diri kita, hendaklah saling dilengkapi oleh insan bernama sahabat, Andai saya selalu or pernah menyakiti hati sahabat-sahabat semua, saya mohon ampun dan maaf. Mungkin kelemahan saya yang satu itu tidak dapat saya elakkan terutama apabila hati sedang tertekan dengan keadaan sekeliling. Dengan bersahabat juga, bolehlah membawa sahabatnya sentiasa mendekati Allah dalam setiap saat dan mengingatkan sahabatnya tentang kematian..
Allahua'lam bissowab :)
*buat sahabat saya dari sekolah rendah, sekolah menengah, dan universiti...
mohon maafkan kekhilafan saya. Harap dapat bantu saya mengawal emosi dan hati selepas ini..
rajukku tak boleh berlama-lama, sebab aku sayang kawan-kawan aku !!!
rajukku tak boleh berlama-lama, sebab aku sayang kawan-kawan aku !!!
syukran jazilan wassalamualaikum wbt :')