Wednesday, 2 September 2015

Ikhlas memaafkan ataupun masih punya rasa sayang ?

Assalamualaikum..
Allah Allah.. Berbulan tak dapat update blog, bukan saja sibuk tapi sebab yang lebih tepat kerana laptop bermasalah.. Tapi,alhamdulillah sekarang sudah sembuh semula. Syukur dan terima kasih kepada sahabat baikku, Junaidah sebab dah bantu pulihkan semula lappy (dengan izin Allah belaka)..

Mashaa-Allah, hampir terlupa tentang tajuk entry kali ni.. IKHLAS MEMAAFKAN ATAUPUN MASIH PUNYA RASA SAYANG ?

Sedang meningkat usia remaja, di ambang inilah macam-macam masalah tiba. Masalah hati terutamanya melanda jiwa remaja, termasuklah diriku sendiri. Kadangkala rasa berbunga,, tambah-tambah bila hati mulai tangkap cintan dengan seseorang. Apa yang si dia buat, kita nampak hebat,awesome,dan macam-macam yang hebat tentang si dia. Rasa cemburu bila lihat si dia rapat dengan seseorang..Aduhai, dia masih belum jadi milik awak la.

Pernah tak kita rasa marah dekat si dia? Rasa seakan ingin membenci, tapi rasa sayang dan kasih kebal menguasai diri. Membuatkan kita senang memaafkan kesalahan-kesalahannya meskipun salah itu melampau. Benar, memaafkan seseorang itu sangat mulia. Apakah kita benar-benar ikhlas memaafkan ataupun sebab rasa sayang yang menebal itu?

Sama-sama kita ingat, walau sayang macamana pun kita pada seseorang, jangan sampai kita tak nampak salahnya di mana, dan begitu juga bila kita membenci seseorang, jangan sampai menutup kebaikannya..

Jaga diri, Jaga iman ya sahabat ^_^
Moga Allah redha pada setiap amalan kita..
_Allahumma Aamiin_

Allahua'lam 
wassalamualaikum wbt

Monday, 13 April 2015

Mengapa harus aku menyesal ?

Bismillahirrohmaanirrohiim…
Assalamualaikum wbt J

Alhamdulillah..syukur ke hadrat Ilahi kerana masih mengizinkan kita untuk bernafas pada hari ini..

Sahabat, ramai antara kita pernah gagal dalam hidupnya. Tak kisahlah gagal dalam peperiksaan ke, dalam persahabatan, dalam percintaan, dalam rumahtangga, dan macam-macam lagi bentuk kegagalan yang tak mampu untuk saya senaraikan di entry ini.
Pernah tak kita terfikir, kenapa kita gagal ? Walhal kita sudah lakukan sehabis baik untuk berjaya dalam hidup kita.

Sebenarnya, terselit berbagai hikmah yang ingin Allah ‘hadiahkan’ kepada kita.
Kadang-kadang kita tak sedar, apa yang kita lakukan sepanjang kita jalani hidup di atas muka bumi Allah ini.. Berapa banyak peratusan amalan kebaikan dan keburukan  yang kita lakukan ? Tak tergambar sebenarnya dalam kotak pemikiran saya.. Na’uzubillahiminzalik!

Sahabat,, menyesalkah kita jika pada hari ini kita gagal dalam percintaan?
menyesalkah kita jika hari ini Allah takdirkan kita berpisah dengan kekasih hati kita?
Mashaa-Allah, mana lagi penting dari mencapai keredhaan Allah SWT ???
Tinggalkanlah dia! Tinggalkanlah dia! Tinggalkanlah dia!
Tiada guna andai kita terus melakukan maksiat dimuka bumi ini sahabat..
Suatu saat nanti, Allah akan hadirkan seseorang yang layak untuk kita cintai selain saudara kita..siapa itu sahabat? itulah pasangan yang akan bersama dengan kita menuju syurga Ilahi..Inshaa-Allah, Allahumma Aamiin..

Sahabat, jika hari ni kita gagal dalam peperiksaan..jangan berputus asa!
mungkin Allah ingin jadikan kita seorang yang sabar,dan sentiasa memohon doa kepada-Nya..
Dia rindu untuk mendengar rintihan dan rayuan dari hamba-Nya..
Bersujudlah! Berdoalah! Yakinlah dengan ketentuan Allah!

Sahabat, beruntungnya andai kita terpilih oleh Allah untuk menjalani ujian-ujian dari-Nya.. Itu tandanya Allah sayangkan kepada hamba-Nya..
ingat!  

“UJIAN TANDA SAYANG”

***semak semula hubungan kita dengan-Nya andai suatu saat kita tidak diuji oleh-Nya…
Allahua’lam Bissowab wassalamualaikum wbt

Tuesday, 31 March 2015

Hidayah pada aku..

     بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, syukur ke hadrat IlAHI atas segala yang kita rasai selama ini. Tak terucap banyaknya limpahan rahmat serta kasih-Nya Allah SWT kepada hamba-hambaNya. Sudahkah kita laksanakan kewajipan kita sebagai hambaNya? perkara wajib? sunat? bagaimana pula dengan kemungkaran yang kita lakukan pada setiap hari? dah tinggal belum? ke kian ‘menjadi’ dari hari ke hari? wal’iyazubillahiminzalik…

Moga iman kita kian utuh pada saat ini. Jiwa kita makin dekat dengan Ilahi. Dan sanubari kita seindah para sahabat yang sangat cintakan agama dan semestinya Allah SWT. Inshaa-Allah.
Hidayah Allah datang tak kira sapa dan di mana. Dan sangatlah beruntung mereka yang dipilih oleh Allah sebagai penerima hidayah.
Apa tanda-tanda seseorang yang peroleh hidayah daripada Allah ‘Azza wajall?

Antaranya ialah :-
     # Takut untuk melakukan kesilapan lalu kerana seolah diri sedang diperhati (percaya Allah itu Maha Melihat Lagi Maha Mengetahui).
  # Berasa tenang apabila melihat ciptaan Allah (memuji kebesaranNya).
     #  Tidak tertarik dengan kemewahan duniawi yang sifatnya sementara.
       #Sentiasa ingin berdamping dengan para ilmuwan.(menganggap diri jahil dari pelbagai sudut).

       Banyak sebenarnya tanda-tanda hidayah Allah sampai kepada seseorang. Sayang seribu kali sayang, masih ada manusia yang sombong lantas mengabaikan hidayah itu. Kenapa? Masih belum cukup menikmati kelazatan hidup di dunia. Mungkin ingin menjadi seseorang yang berkuasa dan mampu melakukan apa sahaja yang diingini dalam hidupnya. Macam tu ke? Habis tu bila nak ingat MATI? Bila pulak nak cari bekal untuk kehidupan di akhirat kelak? Dalam kubur kelak, nak jawab apa pada pertanyaan-pertanyaan malaikat munkar & nakir? Ingat boleh sogok dengan wang? Allahu Robbi.

Kita tak dapat lakukan semua itu. Sahabat, segalanya amalan kita di dunia  yang menjawab...

Ya betul, sudah lama soalan-soalan yang akan ditanya oleh para malaikat kita tahu..
contohnya :-
Siapa Tuhan kamu?
Siapa nabi kamu?
Apa agamamu?
Ke mana kiblatmu?
Apa peganganmu?

Mudahkan nak jawab? siap dah cari  huraian sepanjang 2 muka surat nak jawab. Mulut   kita ke yang jawab nanti? masa tu, amalan dan kebaikan yang akan kita bawa. Ingat!

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara : sedekah jariah,atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."
(Hadith Sahih - Riwayat Muslim dan lain-lainnya)

Akhir kalam, ingin saya menyeru diri saya sendiri dan sahabat agar lakukan penghijrahan yang boleh mendekatkan lagi diri kita kepada Islam. Tak banyak yang perlu kita lakukan, jauhi kemungkaran dan dekati kebaikan. Amalan wajib kita penuhi, tampung semula yang sudah terobek dengan amalan-amalan sunat. Inshaa-Allah, kita akan merasai kemanisan Iman dalam Islam.


SELAMAT BERISTIQOMAH  ^__________^

Thursday, 8 January 2015

Arus Ombak Dalam Persahabatan

Bismillahirrohmaanirrohiim wassalamualaikum wbt :)

salam jumuah mubarokah kalian semua ^_^
moga kita semua terpelihara dari mara bahaya dan kejahatan nafsu duniawi..

tabarokallah...

pertama-tama marilah kita bersyukur ke hadrat Ilahi atas nikmat yang diberi dan kita nikmati sekarang ni dan sama-sama berselawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW..

"Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad, wa 'ala alihi wasohbihi wabarik wasallim"

Mungkin kita pernah dan sedang merasai kebahagiaan kehidupan. Namun,dalam masa yang sama,ada saudara kita yang menderita dan dalam kesusahan pada masa ini. sama-sama kita bantu dan ringankan beban saudara kita yang terlibat dalam musibah banjir dan seumpama dengannya. 
"Jika kita memudahkan urusan orang lain, maka Allah Ta'ala akan mudahkan urusan-urusan kita"...
mashaa-Allah,. andai kita tidak berupaya nak membantu mereka dengan wang ringgit atau harta benda, bantuan doa dan tenaga juga sudah mencukupi. Inshaa-Allah,bantuan yang sedikit itu juga sudah besar pada pandangan Allah SWT. 



Sebenarnya, coretan hari ini berkisar tentang hubungan persahabatan. Setiap dari kita pasti mempunyai sahabat kan? kalau tak ramai pun, paling kurang akan ada seorang sahabat yang selalu dekat dengan kita. Dan yang paling penting, adakah kita bersatu hati dengan sahabat kita?
Tanyalah diri kita duhai sahabat. Tak perlu lihat persengketaan orang lain. Jawapan ada pada diri kita. Jika kita tidak bersefahaman ataupun ada krisis dengan sahabat kita, puncanya dari apa sebenarnya? ada yang bermasam muka hanya sebab rebut teman lelaki (ada tapi tak semua),, lagi? ada yang bermasam muka sebab kawannya dapat result yang bagus lagi dari dia..ada yang tak puas hati sebab kawannya selalu peroleh apa yang dia hajati.. dan ada yang tak puas hati jika sahabat merahsiakan sesuatu dari dirinya..maklumlah,sahabat dunia akhirat. Takda rahsia antara satu sama lain (kononnya)...

Pernah tak terlintas di fikiran kita, kenapa setiap orang punya kelebihan dan kekurangan pada diri dia? kenapa Allah tak jadikan kita semua bijak, kita semua cantik, kita semua hebat. kenapa ya?
berbalik kepada soalan ini, mari kita renungkan makna dari ayat Allah dalam
Surah Al Israa’ ayat 70:

Manusia diberikan kelebihan yang sempurna seperti yang dijelaskan atas kebanyakan makhluk yang telah Kami ciptakan.

dan "sebaik-baik kejadian ialah manusia"..siapa? kitalah duhai saudaraku..
cuba kita tengok, makhluk lain.. pokok misalnya, hidupkan..tapi boleh tak pokok itu nak pergi shopping macam manusia, boleh pergi sekolah,ketawa dengan kawan-kawan? tak boleh. kenapa? kerana pokok tugasnya untuk memakmurkan bumi dengan kehijauannya dan memberi teduhan kepada makhluk bumi yang lain. 

Kita juga sebagai manusia ada tanggungjawab yang besar diamanahkan kepada kita sejak dari kaum Bani Adam lagi.. iaitu sebagai khalifah Allah yang diperintahkan untuk memelihara bumi dan segala makhluknya serta menurut segala perintah Allah 'Azza wa jalla.



Jadi, setiap kelemahan dan kelebihan diri kita, hendaklah saling dilengkapi oleh insan bernama sahabat, Andai saya selalu or pernah menyakiti hati sahabat-sahabat semua, saya mohon ampun dan maaf. Mungkin kelemahan saya yang satu itu tidak dapat saya elakkan terutama apabila hati sedang tertekan dengan keadaan sekeliling. Dengan bersahabat juga, bolehlah membawa sahabatnya sentiasa mendekati Allah dalam setiap saat dan mengingatkan sahabatnya tentang kematian..

Allahua'lam bissowab :)

*buat sahabat saya dari sekolah rendah, sekolah menengah, dan universiti...
mohon maafkan kekhilafan saya. Harap dapat bantu saya mengawal emosi dan hati selepas ini..
rajukku tak boleh berlama-lama, sebab aku sayang kawan-kawan aku !!!

syukran jazilan wassalamualaikum wbt :')